• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu Komited Anjur Program Berbentuk Kesedaran

MARANG, 4 November - Kerajaan negeri sentiasa komited menganjurkan program yang berupaya memberi kesedaran secara berterusan kepada rakyat agar mereka menghindari maksiat dan kemungkaran.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata maksiat dan mungkar tidak boleh dihapus tetapi perlu dibendung melalui undang-undang, peraturan-peraturan, majlis-majlis ilmu  dan program-program berbentuk kesedaran. 

"Inilah yang dilaksanakan dalam negeri Terengganu dan inilah yang kita hendak kembangkan di semua peringkat," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan " Tebakang Desa Taqwa " yang diadakan di Masjid Kampung Tebakang di sini.

Dalam masa sama, beliau memuji program menjadikan Kampung Tebakang sebagai sebuah kampung yang sejahtera serta penuh keberkatan dan akan berlangsung selama dua bulan  bermula hari ini. 

"Satu inisiatif yang sangat baik  selari dengan agenda kerajaan negeri yang meletakkan temanya Maju Berkat Sejahtera. 

" Agenda yang sangat besar ini merangkumi pembinaan dari sudut lahiriah, akal dan rohani," katanya.


Tag: