• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Terjah Sahur Santuni Petugas Yang Tidak Didendangkan



   Oleh: Shahril Aswad

HULU TERENGGANU, 31 Mei - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Penyelaras Pemuda PAS Dun Telemong (PPDT) menganjurkan program Terjah Sahur  ke 146 destinasi  bagi mengagihkan juadah kepada petugas-petugas yang bekerja di waktu malam.

Pengarah program, Ustaz Mohamad Yusuf Abdullah, berkata aktiviti itu diadakan untuk menyampaikan makanan kepada mereka yang mungkin tidak didendangkan yang sanggup bekerja di luar waktu tugasan seperti polis, pengawal keselamatan serta klinik kesihatan di sekitar DUN Telemong  bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan.

“Program ini sebagai tanda ingatan dan penghargaan kami kepada pasukan bomba, polis, pengawal keselamatan dan kakitangan perubatan yang bertugas tanpa mengira masa demi kepentingan orang ramai.

“Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan pasukan terbabit dengan Pusat Khidmat Masyarakat dan PPDT,” katanya ketika ditemui menyampaikan juadah  kepada polis bantuan di Pos Pengawal Keselamatan Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, baru-baru ini.


Seramai kira-kira 25 kakitangan i-MiTS dan PPDT dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut mukim ke 146 lokasi, bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir pada jam 3.30 pagi itu.

Antara destinasi yang dikunjungi adalah Klinik Kesihatan Kuala Telemong dan Tengkawang, Balai Polis Kuala Telemong, Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir (SJSM), Pusat Latihan Rela Wilayah Timur dan Sekolah di sekitar Mukim Kuala Telemong, Hulu Telemong, Jenagor dan Tersat.


Tag: