• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

'Tiba-tiba Mata Saya Berkaca' - MB Terengganu



KUALA TERENGGANU,  5 Mac - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tiba-tiba bergenang air mata selepas menerima dua keping gambar kenangan beliau dengan bekas Menteri Besar Kelantan Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin.  

"Mata tiba-tiba berkaca menerima kiriman foto kenangan bersama Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hashim Jasin yang hadir untuk program Winter Gathering 1998 yang diadakan di Birmingham,  United Kingdom.  

"Ketika itu, saya dan Dr Fadzli (sekarang YB Dato Dr Mohammad Fadzli Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan) merupakan pimpinan pelajar di United Kingdom & EIRE sedang menyiapkan pengajian PhD di UK," jelas Dr. Samsuri di status Facebook beliau hari ini.  

Serentak itu,  beliau mengucapkan terima kasih kepada pengirimnya yang beliau tidak menyebut namanya sambil menyifatkan kedua-dua foto itu cukup bermakna kepada beliau.  

"Terima kasih kepada pengirim foto yang cukup bermakna ini, " katanya.

Tag: