• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Tidak Ambil Suntikan Antara Punca Orang Asli Dijangkiti Demam Campak

Dr Alias Razak.
KUALA TERENGGANU, 20 Jun - Punca wabak ‘measle’ atau demam campak di kalangan Orang Asli adalah kerana ramai di antara mereka tidak mendapat suntikan pelalian,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak.

Menurut beliau, hanya 61.5 peratus mendapat suntikan dos pertama dan 30 peratus suntikan dos kedua.

“Ibu bapa diminta supaya memastikan anak-anak mendapat pelalian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengelakkan wabak seperti ini berlaku dalam komuniti kita,” ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kes kematian Orang Asli Kaum Batek Kuala Koh di Kelantan, baru-baru ini.

Katanya, KKM telah mengesahkan bahawa kes kematian tersebut akibat komplikasi demam campak.

Dr Alias berkata, kes demam campak yang sama dikesan di Terengganu adalah di kalangan Orang Asli yang berpindah dari Kelantan.

“Denai atau laluan Orang Asli di hutan bersambung dari Gua Musang hingga ke Sungai Berua di Hulu Terengganu.

“Semua kes yang dikesan di Terengganu telah dirujuk ke hospital untuk tujuan rawatan dan pengawasan serta kurantin bagi mencegah wabak dari terus merebak,” ujarnya.


Tag: