• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

UBSNT Pemangkin Belia Terengganu

Nasir Abdul Razak.
Oleh: Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Urusetia Belia dan Sukan Negeri Terengganu (UBSNT) bakal menjadi pemangkin dan pemudah cara kepada setiap kecenderungan dan minat belia negeri berkenaan.

Pengarah UBSNT, Nasir Abdul Razak berkata melalui medium tersebut, pemuda-pemudi negeri akan dibantu mengembangkan bakat  yang mereka miliki ke tahap lebih baik.

“Belia Terengganu memiliki kecenderungan tinggi kepada aktiviti santai, rekreasi dan kecergasan, malah cemerlang dalam pelbagai sukan yang wajar kita manfaatkan sepenuhnya.

"Pembudayaan pelbagai aktiviti melalui program seperti 'Fun Ride' dan sebagainya, kita dapat melihat minat dan juga kecenderungan anak muda Terengganu cukup-cukup baik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program wawancara khas bersama TV Darul Iman, di sini, kelmarin.

Tambahnya, aktiviti yang menjadi minat pada belia perlu diketengahkan oleh UBSNT terutama yang berbentuk santai dan kecergasan kerana begitu mendapat sambutan.

"Yang terbaru kita lihat mana-mana aktiviti berkaitan dengan basikal cukup menarik minat anak-anak muda sekali gus membudayakan hidup sihat di kalangan mereka,” katanya.




Tag: