• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Wan Hassan Bantu Selesaikan Masalah Kumbahan SMKAKA Bernilai RM1. 4 Juta

DUNGUN, 14 November - Penyandang kerusi Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli telah membantu menyelesaikan masalah loji kumbahan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang (SMKAKA) yang bernilai RM1. 4 juta. 

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Alias Harun melahirkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau. 

"Masalah yang berlarutan tahun demi tahun memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk diselesaikan. 

"Beliau mengeluarkan peruntukan sebagai Ahli Parlimen waktu itu dan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) cuba sedaya upaya berbincang, meneliti daripada pelbagai sudut untuk membantu sehinggalah dengan kerjasama Indah Water Konsortium (IWK) kerja-kerja ini sedang berjalan," katanya ketika dihubungi. 

Selain itu, ujar Alias lagi, Wan Hassan juga menyalurkan peruntukan RM10,000 untuk penyelenggaraan asrama pada tahun 2021.

"Memandangkan sekolah tersebut sudah berusia 25 tahun, banyak yang perlu di baik pulih," katanya. 

Menurutnya, sebagai wakil rakyat PAS samada di peringkat DUN atau Parlimen, mereka memikul amanah untuk menjaga kesejahteraan rakyat. 

"Bagi kami menjadi wakil rakyat adalah untuk berkhidmat kepada mereka, bukan untuk mendapat habuan peribadi," katanya lagi. 


Tag: