• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

YADIM Peduli : 30 Asnaf Di Seberang Takir Dibantu

KUALA NERUS, 12 Disember - Sejumlah 30 penerima diringankan beban menerusi Program "YADIM Peduli" anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Masjid Tok Jembal, Seberang Takir.

Program tersebut bertujuan untuk menyedarkan Masyarakat terhadap kepentingan saling bantu membantu terutama sesama Muslim bagi melahirkan tamadun manusia Islam yang saling peduli antara satu sama lain. 

Majlis tersebut yang dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sebagai Penceramah Subuh Khas yang turut dihadiri oleh para penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan sasar.

Dalam ceramah Subuh tersebut, Idris turut menekankan akan fitrah kejadian manusia yang terdiri dari kaya dan miskin serta Islam tidak pernah membandingkan kedudukan manusia melalui apa yang ada pada mereka. 

"Islam menganjur umatnya yang kaya untuk mengambil peduli kepada yang miskin serta meraikan fitrah ada yang kaya dan ada yang miskin" ucap beliau semalam.

Tambah beliau lagi, ajaran islam bertentangan sistem sosialis yang menghendaki rakyatnya hidup tarafnya sama rata sama ada semua rakyat perlu miskin, atau semua rakyat perlu kaya kerana ianya akan menimbulkan kesusahan pada masa akan datang. 

Sementara itu, Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fadhil mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi berkunjung ke Seberang Takir.

"Apa yang disarankan oleh YB Senator dalam kuliahnya, beliau akan cuba sedaya upaya membasmi kemiskinan" ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Masjid Tok Jembal turut berterima kasih kepada pihak YADIM dan dan Menteri Hal Ehwal Agama atas kesudian menghadiri dan menyerahkan sumbangan kepada penduduk asnaf di kawasan itu.


Tag: