• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Yamaha Music Sumbang Keyboard Untuk 10 Sekolah


Oleh : Mohd Irsyadi Abu Bakar

Sebanyak 10 buah sekolah menerima Keyboard Music Time daripada Yamaha Music (Malaysia) Sdn Bhd dalam majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1, pagi ini.

Penyerahan peralatan bernilai RM90,000 itu disempurnakan oleh Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri, Mazlan Ismail.

Dalam ucapannya, Mazlan berkata, penyerahan alatan baharu itu diharap akan membuka ruang pelajar di negeri ini mengembangkan bakat dalam bidang muzik.

"Diharapkan dengan kemudahan ini, prestasi anak-anak Terengganu dalam bidang seni akan meningkat," katanya.

Dalam pada itu, Penyelaras Program Music Time Yamaha, Mohd Haswani Hassan berharap ia dapat mencungkil bakat pelajar dalam seni muzik keyboard.

"Selain peralatan, Yamaha turut mengadakan bengkel tatacara untuk para guru yang terlibat dalam program ini, "katanya.

Sekolah yang menerima sumbangan itu adalah SK Sultan Sulaiman 1 dan  SK Seri Budiman, Kuala terengganu; SK Rhu Rendang dan SK Bukit Payong, Marang; SK Sultan Ismail, Kemaman; SK Bukit Guntung, Kuala Nerus; SK Tengku Mahmud, Besut; SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu; SK Sultan Omar, Dungun dan SK Lembah Jaya, Setiu.

Tag: