• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

YDP DUN Terengganu Rai 48 Pelajar Tahfiz

Yahaya Ali (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan hamper kepada anak-anak Maahad Tahfiz Al-Busyra baru-baru ini. Foto oleh - Pok Abbas
KUALA TERENGGANU, 2 Jun - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali tidak terkecuali menggunakan kesempatan beramal pada bulan Ramadan untuk meraikan 48 pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Al-Busyra, Pengadang Baru.

Katanya, beliau bersyukur kepada Allah kerana hasrat untuk meraikan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Busyra, Pengadang Baru beserta kakitangannya dalam bulan ramadhan akhirnya tercapai juga.

"Seronok dapat iftar bersama anak-anak pilihan Allah ini yang sedang berjihad menghafaz dan menguasai ilmu al-Quran.


"Golongan yang sentiasa membaca dan mentadabbur al-Quran inilah dijanjikan oleh Allah akan mendapat ganjaran pahala yang besar dan syafaat di akhirat nanti.

"Saya berpesan kepada mereka supaya lebih bersungguh dan fokus dalam pembelajaran supaya dapat menguasai ilmu al-Quran dan seterusnya memberi peringatan kepada masyarakat suatu masa nanti," ujarnya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz Al-Busyra di Restoran Matahari, baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Al-Busyra dan lapan orang guru tahfiz tersebut.

Tag: