• 09 Okt 2024 | 06 Rabiul Akhir 1446

19 Sajian Utama Tarikan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Seberang Takir

KUALA NERUS, 11 Mei - Sambutan Hari Raya Aidilfitri dilihat lebih meriah tahun ini apabila kerajaan memberi kelonggaran kepada rakyat malaysia meraikannya secara normal setelah dua tahun keterujaan itu dibatasi prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan sosial.

Sehubungan itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, dalam meraikan kemeriahan sambutan tahun ini, pihaknya akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka DUN Seberang Takir pada 14 Mei 2022 (Sabtu) bagi berkongsi kegembiraan disamping mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk setempat.

"Lebih menarik, kita akan menyediakan 19 menu sajian sebagai juadah utama selain agihan duit raya yang akan turut diberikan kepada anak-anak sebagaimana tradisi setiap kali Syawal di negeri kita.

"Majlis Rumah Terbuka kita adakan kali ini bagi memberi peluang kepada semua penduduk kembali merasai kemeriahan Aidilfitri sebagaimana sebelum pandemik, namun kita tidak sekali-kali mengabaikan SOP yang ditetapkan kerajaan dalam menangani Covid-19," katanya.

Justeru, beliau menjemput semua rakyat DUN Seberang Takir dari pelbagai peringkat umur menghadiri majlis rumah terbuka  yang akan bermula pada jam 11.00 pagi nanti.


Tag:

Artikel Berkaitan