• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Anak Terengganu Juara Hatrik Pencak Silat Dunia

 Anak Kuala Terengganu, Siti Rahmah M Nasir, 29,  muncul juara dunia tiga kali, selepas meraih kemenangan terbaru, di pentas akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2016 di Arena Gor Lila Bhuana Denpasar, Bali, baru-baru ini.

Dalam kejohanan antarabangsa  selama seminggu berakhir Khamis lalu, yang disertai 40 negara, Siti Rajmah bersama Olahragawan Kebangsaan 2015, Al Jufferi, 24, dari Pahang yang pernah meraih kemenangan pada 2012 dan 2015 meneruskan hatrik itu untuk menumpaskan lawan masing-masing.


Siti Rahmah mengetepikan cabaran Nguyen Thi Yen dari Vietnam 5-0 dalam kelas Putri E, sementara Al Jufferi menumbangkan pesilat Thailand, Kuibrohem Kumaha 5-0 bagi kelas Putra E.

Ternyata selain latihan jitu dan perancangan Siti Rajmah sebelum melangkah ke final pada 8 Disember lalu untuk mengkaji dan menilai persembahan dari rakaman video pesaingnya dari Vietnam, Nguyen Thi Yen membuahkan hasil.

Pertemuan itu adalah ulangan final antara mereka berdua yang mana kali terakhir pada Sukan SEA Singapura, tahun lalu.

Sebelum itu, pada aksi separuh akhir, dia menumpaskan lawan dari Belanda, Minouche Van Der Hoeven dengan keputusan 5-0.


Selain Siti Rajmah, seorang lagi anak Kuala Terengganu, Razak Ghazali, 28, turut meraih pingat emas untuk Malaysia bagi Kelas Putra D selepas menewaskan tuan rumah, Iqbal Chandra Pratama dengan keputusan 3-2.

Kemenangannya itu juga memperbaiki pencapaian pingat perak yang diraihnya di Phuket, Thailand tahun lalu.

Tag: