Berita :
Kunjungan Kasih Hari Jururawat: Pengorbanan Mereka Tiada Galang Ganti
Kunjungan Kasih Hari Jururawat: Pengorbanan Mereka Tiada Galang Ganti
Nik Muhammad Ziyad Nik Abdul Ghafar
23 jam yang lepas
133

SETIU, 14 Mei – Jururawat merupakan antara insan penting dalam sistem kesihatan negara yang sentiasa komited memberikan rawatan dan khidmat terbaik kepada pesakit tanpa mengira masa serta keadaan.

Sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia, Shaharizukirnain Abd Kadir, Ahli Parlimen Setiu telah mengadakan kunjungan ke beberapa fasiliti kesihatan di sekitar Setiu dan Batu Rakit bagi menyampaikan penghargaan kepada jururawat dan petugas kesihatan.

Antara lokasi yang dikunjungi ialah Klinik Kesihatan Kg Rahmat, Klinik Kesihatan Permaisuri, Hospital Setiu, Klinik Kesihatan Jabi dan Klinik Kesihatan Pantai Batu Rakit.


Dalam kunjungan tersebut, beliau turut menyerahkan kek sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa serta pengorbanan jururawat yang sentiasa bertungkus-lumus menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat.

Menurut beliau, pengorbanan para jururawat amat besar terutama dalam memastikan pesakit mendapat rawatan dan perhatian terbaik setiap masa.

“Semoga semua jururawat dan petugas kesihatan terus diberikan kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan amanah kepada masyarakat,” katanya.

Kunjungan itu turut disambut baik oleh warga kesihatan di setiap fasiliti yang diziarahi.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan