• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Persembahan Sulung Barakah Busker Menjadi

KUALA NERUS, 18 Mei - Kumpulan muzik Barakah Busker yang baru ditubuhkan berjaya memulakan persembahan sulungnya baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, jemputan persembahan kumpulan busker tersebut dibuat untuk memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Buluh Gading yang diadakan bersebelahan dengan Taman Rekreasi Kampung Teluk Pasu.

“Ini ada lah persembahan sulung para pelatih dari Perkampungan Darul Barakah yang diwujudkan untuk membantu golongan yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah untuk kembali ke pangkal jalan.

“Ini merupakan salah satu aktiviti yang diwujudkan kepada pelatih yang mempunyai bakat dalam bidang kesenian,” ulasnya lagi.

Katanya, mereka adalah pelatih kumpulan pengambilan pertama seramai 50 orang dan sehingga kini jumlah pelatih telah mencecah 68 orang selepas pengambilan kelima dan dijangka mencecah 100 orang sehingga oktober tahun ini.

“Sebanyak tujuh buah lagu telah disampaikan yang berkonsepkan ketuhanan dan hari raya.

“Lagu-lagu yang disampaikan ada yang dihasilkan sendiri dan ada juga lagu orang lain,” ujarnya lagi yang masih teruja dengan kehadiran pengunjung rumah terbuka yang melebihi 5000 orang dan melebihi jangkaan ketika ditemubual seusai majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Buluh Gading 2022.


Tag:

Artikel Berkaitan