• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Rakyat Setiu Dapat Fasiliti Baru

SETIU, 30 Ogos - Sebanyak 103 Projek Mesra Rakyat (PMR) yang sedang dan akan dijalankan kerajaan bakal memanfaatkan penduduk di seluruh Parlimen Setiu.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, Projek Mesra Rakyat itu adalah melalui peruntukan khas oleh Perdana Menteri kepada setiap ahli parlimen.

“Boleh dikatakan setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) mendapat paling tidak satu projek bagi kegunaan warga kampung terbabit.

“Projek Mesra Rakyat ini bukanlah satu projek mega tetapi ianya dibina di kampung-kampung dan akan menjadi kegunaan harian warga kampung,” katanya kepada UPDI kelmarin.

Mengulas lanjut, Shaharizukirnain berkata, 20 daripada 103 projek berkenaan berkaitan kegunaan warga belia seperti gelanggang sepak takraw, padang bola sepak, gelanggang futsal dan pelbagai lagi yang berkait dengan sukan dan rekreasi.

“Projek ini berkisarkan fasiliti-fasiliti kegunaan kita di kampung contohnya, baikpulih surau, dataran kejat, penurapan jalan, pembinaan wakaf dan banyak lagi.”

“Insya-Allah, saya akan turun untuk melawat Projek Mesra Rakyat Ahli Parlimen Setiu mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melihat perkembangan terkini," katanya.

Pada minggu lepas, beliau selesai melawat PMR untuk DUN Permaisuri dan Jabi.

“Insya-Allah saya akan susuli untuk Batu Rakit dan Langkap pula,” tambahnya.

 


Tag:

Artikel Berkaitan