• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

SUTERA Buka Tirai, 2,244 Atlet Berentap

KUALA NERUS, 25 Mei- Kejohanan Sukan Terengganu (SUTERA) 2021 membuka tirai pertandingan, semalam dengan seramai 2,244 atlet mewakili lapan kontinjen hadir beraksi mencabar kejuaraan.

Setelah setahun ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19, daerah Kuala Nerus dipilih sebagai tuan rumah penganjuran kali kedua SUTERA 2021 yang akan berlangsung sehingga 28 Mei ini.

Kali ini, sebanyak 13 jenis sukan dipertandingkan melibatkan tujuh sukan wajib iaitu Badminton, Berbasikal, Bola Jaring, Bola Sepak, Olahraga, Pencak Silat dan Sepak Takraw.

Manakala, enam sukan pilihan turut diketengahkan iaitu Bola Tampar, Boling Padang, Ping Pong, Tenis, Tenpin Boling dan kategori terbaru, E-Sukan.

SUTERA 2021 menawarkan 284 pingat melalui 84 acara melibatkan 14 venue pertandingan di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Berdasarkan rekod, penganjuran sulung SUTERA dimenangi kontinjen Kuala Terengganu.

 


Tag:

Artikel Berkaitan