lightning-solid
Berita :
Warisan Budaya Tidak Ketara Dari Jepun, Simbol Silang Budaya Di Muzium Terengganu
Warisan Budaya Tidak Ketara Dari Jepun, Simbol Silang Budaya Di Muzium Terengganu
Ahmad Zaeem Zainudin
1 hari yang lepas
103

KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Muzium Negeri Terengganu terus memperkukuh peranannya sebagai pusat pendidikan budaya dan warisan antarabangsa apabila menganjurkan pameran I Love Sushi bermula 15 Januari sehingga 22 Februari 2026.

Pameran hasil kerjasama Muzium Negeri Terengganu dan Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) itu memberi tumpuan kepada sushi sebagai warisan budaya tidak ketara dari Jepun melalui pendekatan pameran interaktif dan berorientasikan pengalaman.

Ahli Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Dato' Mohd Yusof Abdullah berkata, pameran di muzium terbesar negara itu memberi tumpuan kepada sushi sebagai manifestasi budaya masyarakat Jepun, bukan sekadar tarikan gastronomi yang semakin popular penerimaannya di peringkat global.

FB_IMG_1768494153572.jpg 210.71 KB
"Pameran I Love Sushi ini bukan sekadar pameran makanan tetapi sebuah platform pendidikan dan pengalaman kebudayaan yang memperkenalkan seni, sejarah dan falsafah di sebalik hidangan sushi.

"Sushi dikenali di seluruh, ia bukan hanya melambangkan kreativiti kulinari Jepun, malah ia juga melambangkan nilai seperti kehalusan, 'simplicity' serta penghormatan terhadap alam semula jadi dan bahan makanan," katanya.

FB_IMG_1768494145379.jpg 252.48 KB
Menurut beliau, manifestasi kerjasama antara Muzium Terengganu dan Japan Foundation itu bukanlah sesuatu perkara baharu bahkan ia telah mula terjalin sejak 36 tahun yang lalu dengan pelbagai perkongsian kesenian dan kebudayaan.

"Ia sebaliknya telah bermula sejak tahun 1990. Sewaktu saya berada di sini (sebagai Pengarah Muzium Terengganu), dengan pelbagai bentuk pameran seni dan budaya yang memberikan impak tersendiri dalam merai dan menggerakkan aktiviti kemusyawaratan.

"Jadi, kita berharap kerjasama ini akan terus terjalin dari masa ke masa," ucapnya penuh harapan ketika merasmikan Pameran Kembara Kebudayaan Japan Foundation I love Sushi di Dewan Batu Bersurat, Muzium Negeri Terengganu, semalam.

Turut hadir, Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Iskandar Muhammad Aziz, Pangarah JFKL, Tsukamoto Norihisa serta Konsulat Jepun (Penang), Machida Shinya.

IMG20260115111126.jpg 4.32 MB
Pameran berskala sederhana ini membawa pengunjung menelusuri lima segmen utama yang memaparkan asal-usul sushi, perkembangannya pada era Edo, serta kemunculan budaya sushi moden yang terus berkembang sehingga hari ini.

Melalui simulasi pengalaman kedai sushi, tayangan video pendidikan, diorama budaya Jepun serta paparan interaktif, pengunjung dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai teknik dan kehalusan penyediaan sushi dengan teliti.

Pameran I Love Sushi yang merupakan sebahagian daripada jelajah dunia selama 10 tahun ini ditetapkan untuk berlangsung di Dewan Mandalika, Kompleks Muzium Negeri Terengganu, bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.


Artikel Berkaitan