• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Gajah Air Putih Dapat Perhatian Ahli Parlimen Kemaman

KEMAMAN, 14 OKTOBER - Gajah di Air Putih mendapat perhatian Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dalam pertemuan bersama Pegawai Perhilitan Negeri Terengganu diwakili Timbalan Pengarah, Shaary Awang Besar.

Pertemuan diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Kemaman pagi ini membincangkan tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan isu gajah di Air Putih.

Pada Khamis lepas sekumpulan gajah liar masuk ke kawasan tanaman sawit penduduk kampung dan memusnahkan kesemua anak pokok di ladang sawit milik penduduk kampung.

Di Kemaman kumpulan gajah liar terbahagi kepada 3 kumpulan dan telah dibagi ‘ID’ oleh Pejabat Perhilitan Negeri iaitu ‘ID’ Hutan Simpanan Cherul, ‘ID’ Bandi dan ‘ID’ Tebak kesemua gajah anggaran 60 ekor atau lebih bercakap Timbalan Pengarah dalam pertemuan bersama Ahli Parlimen Kemaman.

Ujarnya lagi aduan gajah untuk di Terengganu, Kemaman adalah daerah terbanyak aduan gajah liar yang meroskkan tanaman. Ini berikutan kemerosotan hutan simpanan atau tempat tinggal habitat ini telah diganggu.

Kamarulzaman Mat Seri menunjukkan lokasi hidupan gajah di Kemaman

Berikutan pertemuan ini, Che Alias Hamid akan membawa persolan ini di parlimen yang akan mula  bersidang pada 2 November dan akan mengaturkan pertemuan antara jabatan perhilitan dengan penduduk secepat mungkin bagi mendapat kerjasama yang baik.

Pihak perhilitan negeri juga telah mengadakan operasi bermula ahad dan berakhir esok  dan sehingga kini belum dapat menjejaki haiwan tersebut. Dari masa kesemasa kerjasama antara penduduk kampung dan pihak jabatan adalah perlu bagi meyelesaikan masalah ini. 

“Tangkapan terakhir yang telah dibuat oleh pihak jabatan sekitar Ogos  2018 dan Oktober  2020 isu gajah ini timbul kembali”, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim yang turut bersama dalam pertemuan pagi ini.

Kerajaan Negeri Terengganu adalah salah satu negeri yang telah menubuhkan tabung amanah perhilitan bagi membantu Jabatan Perhilitan Terengganu beroperasi di Negeri Terengganu mengikut aduan-aduan yang telah dibuat.


Turut bersama dalam pertemuan ini bagi mencari jalan penyelesaian Ketua Perhilitan Daerah Kemaman, Kamrulzaman Mat Seri dan Penyelia Pusat Khidmat Parlimen Kemaman, Mohd Hafiz Adam.