• 21 Apr 2024 | 12 Syawal 1445

Harga Tiket Perlawanan Terengganu FA Turun RM5


Harga tiket bagi perlawanan Terengganu FA yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak diturunkan kepada RM10 bagi musim ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor.

“Faktor utama penurunan harga ini adalah disebabkan permintaan daripada penyokong-penyokong yang meminta agar harga tiket diturunkan berbanding harga asal RM15.

“Diharapkan dengan penurunan harga tiket ini menarik lebih ramai peminat hadir memberikan sokongan kepada pasukan Terengganu FA setiap kali beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya dalam satu kenyataan.

Terengganu bakal memulakan perlawanan pertama dalam saingan Liga Perdana pada Jumaat ini menentang PKNP FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Tag: