Artikel "Sukan" Terkini
Terengganu Belasah Kelantan 14-0
Foto ihsan - Hokita
KUALA TERENGGANU, 21 September - Skuad hoki lelaki Terengganu terus mempamerkan aksi bertenaga selepas membelasah Kelantan 14-0 pada perlawanan akhir kumpulan dalam Kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2020 sebentar tadi.
Meskipun sudah mengesahkan tempat ke suku akhir selepas perlawanan kedua baru-baru ini, Terengganu tetap tampil dengan...
21 Sep 20
2647
Terengganu Sasar 10 Pingat Emas Bagi Pasukan Perahu Layar
KUALA NERUS, 20 September - Kerajaan negeri menyasarkan jumlah pingat emas yang tinggi untuk Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 bagi Pasukan Perahu Layar Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan optimis bahawa skuad atlet perahu layar negeri akan menggondol 10 pingat...
20 Sep 20
1013
Pelayar Terengganu Kuasai Kejohanan Di Pantai Tanjung Gelam
KUALA NERUS, 20 September - Pasukan Perahu Layar Terengganu mengungguli Kejohanan Liga Layar Terengganu (TSL-TSDP) Siri 2/2020 di Pantai Tanjung Gelam dengan menguasai kategori terbaik keseluruhan kategori Optimist bagi lelaki dan perempuan.
Atlet lelaki terbaik keseluruhan kelas optimis dijuarai oleh Asmadi Azman dalam tiga acara. Manakala, juara keseluruhan kategori perempuan...
20 Sep 20
2380
Terengganu FC Kalah Lagi
SHAH ALAM, 20 September- Terengganu Football Club (Terengganu FC) mengalami kekalahan buat kali ketiga berturut-turut apabila tumpas 1-2 di tangan UITM FC, semalam.
Beraksi di gelanggang lawan, anak buah Nafuzi Zain dikejutkan dengan gol tuan rumah seawal minit keempat perlawanan.
Penyerang UITM FC, Muhamad Arif Mohamed Anwar berjaya melakukan tindakan...
20 Sep 20
1340
Nabil Kembali Gagah Di Halaman Sendiri
KUALA NERUS, 19 September- Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha 31 Racing, Rahimi Nabil Razu memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri untuk mencatat masa terpantas pada saingan Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia 2020 di Litar Permotoran Terengganu, hari ini.
Dalam perlumbaan akhir saingan kelas Wira KBS sebentar tadi, Nabil mencatatkan masa 10...
19 Sep 20
1341
Anak Bukit Payong Kuasai Podium Cub Prix
KUALA NERUS, 19 September- Pelumba kelahiran Bukit Payong, Md Danish Aiman Zamrul, 15, mengekalkan kedudukan teratas keseluruhan apabila memenangi saingan pusingan keempat Kejuaraan Malaysia Cub Prix PETRONAS di Litar Permotoran Terengganu, hari ini.
Pelumba pasukan MH Racing itu muncul pelumba terpantas pada perlumbaan akhir kelas PETRONAS Super Series dengan catatan...
19 Sep 20
9095
Terengganu Pertaruh Gandingan Terbaik Cabar Piala Tun Abdul Razak
KUALA TERENGGANU, 17 September – Pasukan Hoki lelaki Terengganu menyasarkan kedudukan podium dalam Kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak 2020 yang membuka tirainya esok.
Pemangku Presiden Persatuan Hoki Terengganu, Mohd Fikri Harun berkata, gandingan pemain berpengalaman dan bakat baru Sukan Malaysia (SUKMA) diharapkan dapat mencabar kejuaraan antara negeri itu.
"Dengan...
17 Sep 20
998
Fun Ride : Bina Budaya Sihat Dan Cintai Alam
KUALA NERUS, 17 September - Seramai 350 peserta telah menyertai program kayuhan Malaysia Day Ride 2020 sejauh 33 Kilometer bermula di Kompleks Sukan Negeri Terengganu semalam.
Aktiviti berkenaan dianjurkan Tepoh Cakna Cycling Team (TCCT) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Nerus, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan Terengganu Inc. TSG.
Ahli...
17 Sep 20
448
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2020 Dibatalkan
KUALA TERENGGANU, 16 September - Acara tahunan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2020 yang sepatutnya diadakan pada November ini dibatalkan.
Perkara itu diumumkan oleh penganjur LAJSM 2020 dalam satu kenyataan semalam.
“Setelah melalui fasa penelitian isu COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun ini, kerajaan negeri Terengganu dan Persatuan...
16 Sep 20
1813
Skuad Ragbi Terima Suntikan Semangat
KUALA NERUS, 15 September- Skuad ragbi lelaki dan wanita Terengganu yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Edisi ke-20 yang akan berlangsung di Johor Bahru Mac 2021 mendapat suntikan semangat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun.
Selaku 'bapa angkat', Alias menyerahkan sumbangan wang...
15 Sep 20
589