• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

KUALA LUMPUR , 15 Mac – Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa berusaha  mencari jalan dalam membantu semua golongan serta para petani yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata langkah proaktif telah diambil dengan mengaktifkan bilik gerakan bencana. 

“Ia telah diaktifkan bermula 27 Februari 2022. Warga agro yang terkesan boleh berhubung terus bilik gerakan bencana atau berhubung dengan wakil jabatan atau agensi daerah di negeri yang berhampiran," ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir mengenai nasib para petani yang mengalami kerugian akibat kesan banjir, pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata lagi, sehingga 7 Mac 2022, sebanyak 4,343 golongan sasar yang terkesan akibat banjir di Pantai Timur sedang dalam proses untuk dibantu. 

“Kawasan yang terlibat adalah sebanyak 17,860 hektar dan jumlah kerugian dialami dianggarkan sebanyak RM42.5 Juta.
Dalam pada itu, tafsiran kerugian telah selesai dinilai dalam jawatankuasa teknikal program pembangunan semula agro makanan mengikut sektor masing-masing dan penyaluran akan dibuat dalam masa terdekat. 

 “Kerajaan akan terus komited dalam usahanya bagi meringankan beban semua golongan yang terjejas akibat banjir dan sentiasa bersedia dalam menyediakan bantuan yang sewajarnya," ujarnya.


Tag: