Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Iktiraf, Beri Anugerah Kepada Pengamal Media
KUALA TERENGGANU, 28 November – Kerajaan Terengganu sentiasa mengiktiraf para pengamal media yang telah bertungkus lumus menyokong dan mempromosikan aktiviti, keindahan, kelebihan serta kekuatan yang ada di negeri kepada masyarakat.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakan-rakan media di Terengganu bertanggungjawab dan teliti dalam mencoretkan sesuatu perkara...
28 Nov 21
557
Hati Nafuzi Masih Untuk Terengganu FC
KUALA TERENGGANU, 27 November - Nafuzi Zain menyatakan keutamaannya masih kepada Terengganu FC meskipun kontraknya bersama pasukan itu bakal tamat 30 November ini.
"Saya masih menunggu tawaran Terengganu FC sebelum membuat sebarang perancangan.
"Jika ada kelab yang sudi berunding, saya terbuka untuk berbincang tetapi keutamaan saya masih untuk Terengganu FC...
27 Nov 21
3246
Bantuan Persekolahan Terima Reaksi Positif Ibu Bapa
KUALA TERENGGANU, 27 November – Hasil tinjauan sebahagian penerima Bantuan Persekolahan Tahun 2021 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk rata-rata menunjukkan respon yang amat positif terutamanya daripada golongan ibu bapa.
Kebanyakkan menyifatkan sumbangan tersebut mampu meringankan beban dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka.
“Saya ada empat orang anak yang...
27 Nov 21
910
Paras Air Sungai Di Terengganu Meningkat
KUALA TERENGGANU, 26 November - Bacaan paras air di beberapa sungai terutama Sungai Nerus mula menunjukkan trend meningkat berikutan hujan sederhana lebat sejak pagi hari ini.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri, Hanafiah Mat berkata sehingga jam 2 petang tadi, Sungai Nerus di Kampung (kg) Langkap, Setiu yang merekodkan bacaan 17.54...
26 Nov 21
1645
Amaran Cuaca : Penduduk Kawasan Rendah Empat Daerah Diminta Waspada
KUALA TERENGGANU, 26 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihati penduduk kawasan rendah berwaspada dengan kemungkinan banjir menurut amaran cuaca waspada peringkat kuning bagi empat daerah di Terengganu yang dijangka berkuatkuasa sehingga esok.
Menerusi laporan cuaca rasminya, antara kawasan terbabit adalah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut disebabkan oleh...
26 Nov 21
3306
Tayangan TFC Vs JDT Di 'Big Screen' Stadium Malam Esok
MARANG, 25 November – Kerajaan Negeri menerusi Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) akan membawa suasana dan ‘feel’ saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia dalam tayangan skrin besar di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada malam esok.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan...
25 Nov 21
2224
Permintaan Lepasan IKBN Terengganu Seperti 'Goreng Pisang'
Marang, 25 November – Kadar kebolehpasaran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Terengganu diibaratkan seperti pisang goreng dengan peningkatan peratusan sehingga 90 peratus dan permintaan pasaran yang masih luas.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Laporan Pencapaian KPI Utama Kementerian...
25 Nov 21
1902
Terengganu Perluas Dakwah Banteras Kesalahan Zina
MARANG, 25 November - Golongan yang mempunyai niat untuk melakukan maksiat Zina di Terengganu khususnya sekitar daerah ini perlu membatalkan hasrat mereka kerana aktiviti membanteras kesalahan syariah itu kini sedang giat dijalankan.
Satu program memasang bunting kempen 'Jauhi Maksiat Zina' telah diadakan di beberapa premis seperti chalet, hotel, dan resort...
25 Nov 21
1619
2,212 Pelajar Di Batu Buruk Terima Bantuan Persekolahan
KUALA TERENGGANU, 25 November – Seramai 2,212 pelajar di Dewan Undangan Negeri Batu Buruk menerima Bantuan Persekolahan Tahun 2021.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, jumlah tersebut merupakan yang tertinggi dalam Parlimen Kuala Terengganu.
“Alhamdulillah, bantuan persekolahan ini diteruskan lagi oleh kerajaan negeri pada...
25 Nov 21
739
Covid-19: 74 Kematian Dalam Tempoh 14 Hari Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 24 November - Terengganu merekodkan 74 kes kematian akibat Covid-19 sejak dua minggu lepas.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, trend peningkatan itu agak membimbangkan dengan lapan kematian direkodkan pada 18 November, sembilan kematian pada 15 November dan 17 November, manakala kematian tertinggi dilaporkan pada 20...
24 Nov 21
3264