Artikel "Komuniti" Terkini
Pasar Pengkalan Berangan ‘Hidup’ Dengan Adanya Medan Ilmu
MARANG, 23 April – Pasar Pengkalan Berangan berupaya menjadi medan ilmu bagi pendakwah mendekati masyarakat untuk menyebarkan ajaran Islam secara santai.
Melalui program berkala ‘Medan Ilmu Pengkalan Berangan’, ia bukan sahaja bertindak sebagai platform menyatukan kelompok masyarakat, tetapi dalam masa yang sama membolehkan orang ramai yang membeli dan berjualan mendengar...
23 Apr 25
999
“Mak Lebih Penting” – Nor Ain Pulang Tinggal Kerjaya Jaga Ibu
KEMAMAN, 23 April – Dua beradik di Kampung Lubuk Lesung, Kijal sanggup berhenti kerja demi menjaga ibu mereka, Rosila Noor, 54, yang menghidap penyakit buah pinggang tahap lima.
Rosila yang juga seorang ibu tunggal, kini bergantung sepenuhnya kepada anak-anak untuk urusan harian selepas disahkan menghidap penyakit kronik itu.
Anak ketiganya,...
23 Apr 25
531
Terengganu Yakin Mampu Capai Sasaran 8.5 Juta Pelancong Tahun Ini
KUALA NERUS, 22 April - Kerajaan negeri meletakkan sasaran 8.5 juta pelancong berkunjung ke Terengganu sepanjang tahun ini dan yakin mampu mencapai sasaran tersebut dengan pelbagai program yang telah dirangka.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim negeri, Sulaiman Sulong berkata, suku pertama tahun ini telah berjaya...
22 Apr 25
766
10,000 Hadir Memeriahkan Majlis Raya Hulu Besut
HULU BESUT, 20 April — Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dewan Terbuka Dato' Seri Haji Idris Jusoh, Kampung Darau semalam mencatatkan kehadiran luar biasa dengan 10,000 pengunjung membanjiri lokasi sejak awal majlis sekali gus memeriahkannya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin menyifatkan sambutan...
20 Apr 25
666
RM10 Juta Fokus Pelancongan Berasaskan Ekonomi Rakyat
KUALA TERENGGANU, 20 April – Peruntukan sebanyak RM10 juta disalurkan bagi membangunkan fasiliti, infrastruktur serta mempromosikan destinasi pelancongan berasaskan komuniti Community-Based Tourism, (CBT) di seluruh negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pendekatan diambil kerajaan negeri adalah untuk memastikan setiap projek yang...
20 Apr 25
495
15 Pelajar Kutip Pengalaman Tinggal Bersama Orang Asli
Oleh : Nooreni Abu Bakar
HULU TERENGGANU, 20 April - Seramai 15 pelajar Politeknik Hulu Terengganu telah berkampung di Kampung Orang Asli Sungai Bengoi, Taman Negara Kuala Sat bagi mengutip pengalaman dan mempelajari kehidupan seharian suku kaum tersebut.
Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat Politeknik Hulu Terengganu, program itu melibatkan pelajar...
20 Apr 25
752
Dua Projek Perumahan Bakal Dibina di Langkap
KUALA TERENGGANU, 17 April - Dua projek perumahan baharu yang dicadangkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap dilihat sebagai langkah penting dalam usaha membela nasib generasi muda luar bandar, khususnya golongan B40 dan generasi kedua FELDA.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata,...
18 Apr 25
1606
Koperasi Masjid Banyak Tidak Aktif, Timbul Kebimbangan
KUALA TERENGGANU, 17 April – Walaupun 28 buah masjid di seluruh Terengganu telah menubuhkan koperasi, hanya sejumlah kecil sahaja yang benar-benar aktif sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keberkesanan usaha menjadikan masjid sebagai pusat ekonomi setempat.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, perkara...
18 Apr 25
584
Pesta Moreh : PBT, Agensi Agama Cari Penyelesaian Terbaik
KUALA TERENGGANU, 18 April – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Terengganu telah mengambil langkah proaktif dalam menimbang dan meluluskan penganjuran Pesta Moreh sepanjang Ramadan dengan memastikan setiap aktiviti mematuhi peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, semua...
18 Apr 25
524
UDM Gelam Mas Raih Juara di Majlis Aidilfitri DUN Kota Putera
BESUT, 20 April - UDM Gelam Mas dinobatkan sebagai juara gerai terbaik Jamuan Aidilfitri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, pada Jumaat.
Dalm majlis yang berlangsung di Dewan Limbongan itu, mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 sebagai hadiah utama.
Manakala, UDM Seberang Kastam meraih tempat kedua dan...
15 Apr 25
509