Artikel "Utama" Terkini
164 Peserta RTB DUN Telemong Terima Borang 5A
HULU TERENGGANU 24 Februari - Seramai 164 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) pertanian dan perumahan di Dewan Undangan Negeri (DUN)Telemong menerima notis borang 5A.
Pegawai Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu berkata, penerimaan borang berkenaan menandakan bahawa tanah tersebut akan dimiliki oleh peserta sepenuhnya tidak lama lagi
Katanya, ia melibatkan...
25 Feb 21
908
SATU Harap Pengguna Bersabar, Terus Salurkan Maklumat
KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Syarikat Air Terengganu (SATU) berharap pengguna di Kuala Terengganu dan Marang yang mengalami masalah gangguan bekalan air sejak semalam, dapat bersabar dan terus menyalurkan maklumat tentang keadaan di lokasi masing-masing kepada SATU dari masa ke masa.
Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ir. Atemin Sulong memaklumkan, pihaknya...
25 Feb 21
1148
Pengusaha Pelancongan Perlu Kreatif Tarik Pengunjung
HULU TERENGGANU, 25 Februari- Penggiat industri pelancongan di Tasik Kenyir harus tampil lebih kreatif dengan pakej pelancongan yang boleh memenuhi kehendak pelancong disaat sektor ini terjejas akibat wabak pandemik COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata pandemik yang berlaku telah mengubah kehidupan masyarakat setempat dan...
25 Feb 21
739
Vaksin Selamat Tiba Di Tiga Daerah Dalam Terengganu
KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Kumpulan pertama vaksin Pfizer BioNTech yang mengandungi lebih 16,000 dos telah selamat sampai ke tiga daerah di dalam negeri ini termasuk di Unit Farmasi Utama, Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini 1.30 tengah hari tadi.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus memaklumkan, ketibaan...
25 Feb 21
1936
MAIDAM Tidak Guna Wang Zakat Beli Pelitup Muka Untuk Calon SPM 2020
HULU TERENGGANU, 25 Februari - Pembelian pelitup muka untuk diagihkan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) tidak menggunakan wang zakat.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, M Rozi Bidin berkata, ia diperolehi melalui hasil sumbangan kakitangan jabatan berkenaan termasuk pegawai dan kakitangan anak...
25 Feb 21
404
Jambatan Ikonik Tasik Kenyir Beroperasi Mei Ini
HULU TERENGGANU, 25 Februari - Jambatan Ikonik yang kini dalam proses akhir pembinaan pastinya menjadi kebanggaan penduduk daerah ini apabila beroperasi sepenuhnya pada pertengahan Mei 2021.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, jambatan yang dibina di Pulau Poh, Tasik Kenyir itu merupakan sebahagian daripada skop...
25 Feb 21
6999
MB Terengganu Empat Individu Terawal Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Esok
KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merupakan antara empat individu terawal yang akan menerima suntikan vaksin COVID-19 di negeri Terengganu mulai esok.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah, selain tiga individu lain termasuk...
25 Feb 21
2488
Bantuan Banjir RM6.4 Juta Lebih Disalurkan Bermula Esok
KUALA TERENGGANU, 25 Februari – Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan banjir sekali bayaran berjumlah RM500 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) bermula sabtu, 27 Februari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, sumbangan keseluruhan bernilai RM 6,406,500.00 kepada 12,813 KIR di seluruh negeri...
25 Feb 21
3084
Tindakan Segera Atasi Kekurangan Bekalan Makanan Ternakan
KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Mesyuarat penyelarasan Kerajaan Negeri bersama pihak terlibat sedang mengambil tindakan segera tentang isu kenaikan harga serta kekurangan bekalan makanan ternakan yang membelenggu penternak di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ia berpunca daripada pelbagai...
25 Feb 21
1220
Pusat Kanak-kanak Terbiar Dibuka Bulan Mac
KUALA TERENGGANU, 25 Februari – Terengganu bakal membuka pusat kanak-kanak terbiar bernilai RM2 juta pada 15 Mac nanti.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, 'Raudhatul Jannah' itu akan berpusat di Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman.
Katanya, ia akan menempatkan kanak-kanak yang diabai,...
25 Feb 21
1282