lightning-solid
Berita :
Sisa Pukat Tunda Jejas Tukun, Dr Azman Terjun Laut 20 Meter Demi Nelayan
Sisa Pukat Tunda Jejas Tukun, Dr Azman Terjun Laut 20 Meter Demi Nelayan
Hidayah Azlin
5 jam yang lepas
47

KUALA TERENGGANU, 11 Feb – Kelestarian khazanah laut Terengganu terus diancam aktiviti 'pukat kokok' atau pukat tunda yang dikesan menceroboh kawasan tukun dan merosakkan ekosistem dasar laut.

Isu tersebut mendapat perhatian serius Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dato’ Dr Azman Ibrahim yang turun padang menyertai operasi menyelam bagi membersihkan sisa pukat yang tersangkut.

Dr Azman menjelaskan, istilah 'pukat kokok' digunakan kerana keupayaan alat tangkapan itu yang meragut apa sahaja di laluannya tanpa tapisan.

"Ia bukan sahaja membawa lari hasil laut seperti anak ikan dan telur ikan, malah batu karang, bubu dan unjam nelayan juga habis disapu. Jika terkena pada peralatan nelayan kecil, ia adalah satu kerugian besar buat mereka," ujar beliau.

Beliau mendedahkan, tukun yang dilabuhkan kerajaan negeri mempunyai berat sekitar 17 tan, menyebabkan pukat tunda yang tersangkut tidak akan mampu ditarik oleh bot pelaku.

image.jpeg 313.32 KB

Akibatnya, kru bot pukat tunda akan memotong pukat tersebut dan membiarkannya menyelubungi tukun.

 
“ Jika tidak dibersihkan, tukun akan 'mati' dan hilang fungsinya sebagai tempat pembiakan ikan. Sekalung penghargaan dan erima kasih diucapkan kepada pasukan Team Diver Dr Man bersama Jabatan Perikanan bertungkus-lumus memotong dan mengeluarkan pukat yang berat serta kuat itu secara manual,"jelas beliau.

image.jpeg 86.81 KB


Kerja-kerja pembersihan ini disifatkan sebagai tugas yang sukar dan berbahaya, namun perlu dilakukan demi memastikan pelaburan tukun kerajaan negeri tidak sia-sia.
Beliau turut mengingatkan para nelayan pukat tunda agar lebih bertanggungjawab dan menghormati kawasan zon tangkapan bagi memastikan bekalan ikan untuk rakyat Terengganu terus terjamin.


Tag :

Artikel Berkaitan