Artikel "Utama" Terkini
Skuad Khas Cegah Perbuatan Maksiat Di Drawbridge
KUALA TERENGGANU, 8 Julai – Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu telah menggerakkan skuad khas bagi memantau setiap kelakuan pengunjung di sekitar jambatan angkat susulan dakwaan orang ramai mengenai kewujudan aktiviti tidak bermoral di kawasan terbabit.
Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Shukri Faiz Jusoh berkata, dakwaan tersebut dipandang serius pihaknya kerana...
13 Jul 20
1333
Asing Penonton Pawagam Untuk Mendidik - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Pengasingan penonton lelaki dan wanita bukan mahram di pawagam Terengganu lebih kepada proses mendidik masyarakat bukan bertujuan untuk menghukum.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelaksanaan zon pengasingan yang dibahagikan kepada lelaki, wanita dan keluarga di Terengganu mulai 4 Julai adalah bertepatan....
13 Jul 20
925
Yayasan Terengganu Agih RM13.73 Juta Biasiswa Untuk Pelajar Cemerlang
KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Yayasan Terengganu melalui Program Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang mengagihkan sejumlah RM13.73 juta kepada 1,081 pelajar di negeri ini sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke pelbagai universiti di dalam dan luar negara.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jumlah itu membabitkan peruntukan RM10 juta...
13 Jul 20
1250
RM15 Juta Selesaikan Hakisan Pantai Rusila
MARANG, 6 Julai - Sebanyak RM15 juta diperuntukkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sebagai penyelesaian jangka pendek kepada isu hakisan yang berlaku di Pantai Rusila.
Menurut Menteri Alam Skitar dan Air, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, proses penyuburan pantai (beach nourichment) iaitu menambak semula persisir pantai dengan pasir...
13 Jul 20
966
Baik Pulih Hakisan Pantai Teluk Lipat Bermula Oktober
DUNGUN, 6 Julai - Proses baik pulih hakisan di Pantai Teluk Lipat yang semakin kritikal akan dimulakan selewat-lewatnya Oktober ini.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, sebanyak RM80 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan baik pulih di seluruh kawasan sepanjang empat kilometer itu.
"Ada empat peringkat proses...
12 Jul 20
1225
Pawagam Terengganu Asing Tempat Duduk Lelaki, Wanita Bukan Mahram
KUALA TERENGGANU, 6 Julai – Bagi memastikan segala aktiviti yang dijalankan di negeri ini mengikut syariat Islam, pawagam di Terengganu melaksanakan pengasingan tempat duduk lelaki dan wanita bukan mahram.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, garis panduan mengenai perkara tersebut telah dikeluarkan...
06 Jul 20
2058
Tuan Ibrahim Mulakan Lawatan Kerja Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 6 Julai - Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man tiba di Wisma Darul Iman, di sini, jam 8.30 pagi tadi bagi memulakan lawatan kerja di Terengganu.
Ketibaan Tuan Ibrahim disambut Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan barisan Exco Kerajaan Negeri Terengganu....
06 Jul 20
1021
Jangan Sesekali Bersekongkol Dengan Nelayan Asing! - APMM Terengganu
KUALA TERENGGANU, 6 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu memberi amaran keras kepada mana-mana pengusaha dan nelayan tempatan yang cuba bersekongkol dengan nelayan asing yang menceroboh perairan negara khususnya di negeri itu.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli menyuarakan amaran tersebut berikutan penangkapan empat...
06 Jul 20
676
Plat UMT 1 Cecah RM55,000
KUALA NERUS, 5 Julai - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menawarkan penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas kepada orang awam, termasuk hampir 32,000 alumni universiti itu bermula hari ini.
Penjualan nombor pendaftaran khas kenderaan itu adalah inisiatif Persatuan Alumni UMT dan UMT Jaya Holding Sdn Bhd untuk menjana pendapatan, memperkukuhkan geran penyelidikan...
06 Jul 20
1361
Pusat Pengumpulan Hasil Tani Kini Jadi Pasar Borong Setiu
Foto Oleh: Hidayah Azlin
SETIU, 5 Julai - Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) terus mengambil langkah proaktif dengan menjadikan Pusat Pengumpulan Hasil Tani, atau Distribution Center (D.C) miliknya sebagai Pasar Borong Setiu bermula awal Julai lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri,...
06 Jul 20
1966