Artikel "Utama" Terkini
Jelajah ANMS Bawa Masyarakat Hidup Sihat
KUALA TERENGGANU, 20 Ogos - Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia (ANMS) Sihat Peringkat Negeri Terengganu mendapat sambutan baik oleh rakyat di negeri ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata program yang berlangsung selama dua hari bermula 18 hingga 19 Ogos itu mengajak rakyat membudayakan amalan cara hidup sihat....
20 Aug 23
671
PTT Jamborace & Funrace Tasik Kenyir Tawar Ganjaran RM100,000
KUALA TERENGGANU, 20 Ogos- Peminat sukan basikal lasak bakal menerima durian runtuh RM100,000 menerusi anjuran program berbasikal lasak, PTT Jamborace & Funrace Tasik Kenyir 2023 yang akan diadakan di Pulau Poh, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 6 dan 7 Oktober ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Hishamuddin Abdul...
20 Aug 23
1369
MPD Tawar Diskaun Kompaun Tempat Letak Kereta 75 Peratus
KUALA TERENGGANU, 20 Ogos - Majlis Perbandaran Dungun menawarkan pengurangan kompaun sebanyak 75 peratus kepada orang ramai untuk melunaskan tunggakan khusus kepada kompaun Tempat Letak Kereta bermula esok hingga 15 September 2023.
Yang Dipertuanya, Tuan Azizul Ab Hadi berkata, tawaran pengurangan itu bersempena Sambutan Ulang Tahun Pemasyhuran MPD kali ke...
20 Aug 23
1256
Lebih 50,000 Rakyat Sertai Himpunan Bicara Murabbi Ummah
KUALA TERENGGANU, 19 Ogos- Dianggarkan lebih 50,000 pengunjung hadir ke Himpunan Bicara Murabbi Ummah Terengganu Sejahtera yang dianjurkan kerajaan negeri semalam.
Menjadi antara program terawal diadakan selepas pembentukan kerajaan yang baru dilantik, himpunan berkenaan merupakan antara manifestasi kepimpinan negeri kepada rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr. Muhammad...
20 Aug 23
2930
'Tidak Semestinya Jadi EXCO Untuk Bawa Suara Wanita Terengganu'- Kak Da
KUALA TERENGGANU, 20 Ogos - "Tidak semestinya perlu untuk menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membawa suara wanita Terengganu ke peringkat tertinggi," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Mohd Nor.
Katanya, ketika dilantik menjadi ADUN Wanita, beliau telah berjaya melaksanakan tugasan dalam mengangkat martabat golongan berkenaan sekali...
20 Aug 23
2687
Terengganu FC Melangkah Ke Suku Akhir Piala Malaysia
KUALA NERUS, 18 Ogos- Terengganu FC melangkah ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2023 setelah menewaskan Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) 3-0 pada aksi kedua pusingan 16 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam ini.
Pada perlawanan berkenaan, Tomislav Steinbruckner menurunkan skuad kedua melayan kunjungan pasukan dari Liga M3...
19 Aug 23
1334
Kes Nik Elin : Kerajaan Terengganu Seru Semua Pihak Bersatu
KUALA TERENGGANU, 18 Ogos – Kerajaan Terengganu menyeru semua pihak bersatu memartabatkan undang-undang syariah Islam berikutan terhadap pihak tertentu yang mencabar undang-undang tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata beliau menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr...
18 Aug 23
14715
Kes Cabar Undang-undang Syariah : Seruan Untuk Semua Pihak Daulatkan Islam
Merujuk kepada kes Nik Elin Zurina melawan Kerajaan Negeri Kelantan, saya menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar yang menyatakan bahawa usaha untuk memartabatkan undang-undang syariah sebagai tanggungjawab bersama semua pihak.
Untuk makluman, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)...
18 Aug 23
1683
Kerajaan Terengganu Fokus Tingkat Hasil Pendapatan Negeri
KUALA TERENGGANU, 17 Ogos – Kerajaan Negeri memberi fokus dalam usaha meningkatkan hasil pendapatan negeri bagi mengurangkan kebergantungan kepada petroleum.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sepanjang tempoh penggal yang lepas kerajaan negeri telah berjaya membuktikan pengurangan kebergantungan royalti tersebut.
Katanya, iaitu dengan berjaya mengurangkan sebanyak empat...
17 Aug 23
1244
Maritim Terengganu Tenggelamkan Empat Bot Nelayan Vietnam
KUALA TERENGGANU, 17 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu hari ini, melupuskan empat bot nelayan Vietnam yang dilucut hak Pulau Susu Dara, Besut hari ini.
Kepten Maritim Khairulanuar Abd Majid berkata, empat bot itu ditenggelamkan untuk dijadikan tukun tiruan di Pulau tersebut.
Katanya, empat bot ini...
17 Aug 23
672