Artikel "Utama" Terkini
RM100,000 Peruntukan Bina Jeti Konkrit Nelayan Kampung Batin
Oleh : Hidayah Azlin/Arifuddin Alias
KUALA NERUS, 9 September – Sejumlah RM100,000 akan diperuntukan bagi pembinaan jeti konkrit nelayan di Kampung Batin, Seberang Takir di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, projek baharu itu juga akan menggantikan jeti lama yang telah...
09 Sep 20
2388
Ruane-TATI Dan TWI Jalin Kerjasama
KUALA TERENGGANU, 8 September - Perjanjian persefahaman (MoU) di antara Ruane-TATI Sdn Bhd dan TWI Technology (S.E.Asia) Sdn Bhd membuka satu lembaran baharu dalam industri di Terengganu.
Pengerusi Lembaga Pengarah Ruane-TATI Sdn Bhd, Alias Harun berkata kerjasama ini adalah amat penting bagi mencapai matlamat untuk memenuhi permintaan Industri di kedua-dua...
08 Sep 20
1361
Mangsa Kebakaran Rumah Terima Bantuan Segera
KUALA TERENGGANU, 8 September - Mangsa kebakaran rumah di Kampung Gong Nangka semalam, Zulkifli Daud telah menerima reaksi balas daripada agensi kerajaan.
Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (PKM ADUN) Batu Buruk telah mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan secara ‘one off’ serta membaik pulih kerosakan yang dialami rumah-rumah berdekatan....
08 Sep 20
1160
106 Peserta RTB Terkilan Di Kijal Terengganu Terima Geran
KEMAMAN, 8 September - Seramai 106 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Dewan Undangan Negeri Kijal yang dinafikan hak dahulu (terkilan), kini tersenyum lebar setelah menerima geran hak milik.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh memanjatkan syukur ke atas Ilahi kerana diberikan kesempatan untuk menunaikan hak...
08 Sep 20
3161
Terengganu Tetapkan Umur Belia Kepada 11 Tahun
KUALA TERENGGANU, 8 September - Terengganu bersedia mewartakan takrifan umur belia di negeri ini kepada 11 tahun berbanding dengan umur yang ditetapkan piawaian antarabangsa iaitu antara 15 sehingga 30 tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penetapan umur lebih muda dianggap penting kerana...
08 Sep 20
1409
Pengayuh Beca, Duta Kecil Pelancongan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 8 September- Kerajaan negeri dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Timur berhasrat meluaskan usaha mempromosi pelancongan Terengganu melalui pengiktirafan pengusaha-pengusaha beca di sekitar Kuala Terengganu sebagai duta kecil dalam usaha membantu industri tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman menyatakan, jika mengambil kira faktor kemasukan...
08 Sep 20
1138
Daging Penyu Boleh Jadi Punca Penyakit Kronik
KUALA NERUS, 8 September – Amalan pemakanan berkaitan daging penyu perlu dihentikan kerana ia boleh menjadi punca terjadinya penyakit kronik yang menyebabkan kematian.
Pensyarah Biologi Marin Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Muhammad Hafiz Borkhanuddin berkata penyu mempunyai kandungan logam berat yang tinggi.
Tambahnya, kadar logam...
08 Sep 20
1837
Perbanyakkan Aktiviti Keagamaan Sebagai Medium Penyatuan Belia
HULU TERENGGANU, 8 September - Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu UKM ( PERMATA ) disarankan memperbanyakkan aktiviti keagamaan bagi membantu mempertingkatkan perpaduan di kalangan masyarakat setempat khasnya melibatkan golongan belia.
Bapa Angkat PERMATA yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata saluran terbaik untuk memupuk hubungan baik...
08 Sep 20
2136
JHEAT Siasat Penyebaran Fahaman Liberal
KUALA TERENGGANU, 7 September - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sedang giat menyiasat dan memantau aktiviti pihak tertentu yang disyaki menyebarkan fahaman liberal di negeri ini.
Pesuruhjaya JHEAT, Mat Azmi Arshad menegaskan bahawa pihaknya mengenalpasti satu kes di Terengganu berkaitan dengan penyebaran fahaman tersebut.
"Kita menyiasat kes seperti berikut...
07 Sep 20
1444
Kerja Awal Bagi Mewujudkan IPT Islam Terengganu Sedang Berjalan
KUALA TERENGGANU, 8 September – Kerajaan negeri sedang giat melaksanakan kerja-kerja awal bagi merealisasikan hasrat untuk mewujudkan institusi pengajian tinggi agama di negeri ini seperti Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KuSZA) sebelumnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah...
07 Sep 20
676