Artikel "Semasa" Terkini
Rugi RM50,000, Kedai Ditenggelami Air
HULU TERENGGANU, 20 Disember - Seorang peniaga kedai makan dan produk pertanian reda alami kerugian RM50,000 apabila perniagaan yang diusahakan sejak 10 tahun lalu di Kampung Kepah di sini, ditenggelami banjir.
Mangsa, Wan Nora Wan Mustaffa, 42, berkata, dia tidak sempat menyelamatkan barangan di kedainya
selepas air naik mendadak akibat...
20 Dec 22
475
Peniaga Tanggung Kerugian Akibat Banjir
HULU TERENGGANU, 20 Disember - Kejadian banjir besar yang melanda mukim Hulu Telemong dekat sini telah mengakibatkan ramai peniaga terpaksa menanggung kerugian mencecah puluhan ribu ringgit apabila barang perniagaan dan peralatan kedai rosak teruk sehingga ada yang terpaksa dibuang.
Salah seorang pemilik kedai peralatan memancing di Kampung Tengkawang, Mohd Safee...
20 Dec 22
806
Banjir : 37,792 Mangsa, Kemaman Paling Terjejas
KUALA TERENGGANU, 20 Disember – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 37792 angka sehingga jam 8 pagi hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terenganu berkata jumlah mangsa tersebut terdiri daripada semua daerah dalam negeri ini.
Katanya, susulan itu sebanyak 310 pusat pemindahan sementara...
20 Dec 22
895
Pemuda Bantu Bawa Keluar Penduduk
SETIU, 19 Disember - Seorang pemuda Kampung Banggol, Permaisuri mengambil langkah awal dengan membantu penduduk kampung terjejas banjir berpindah keluar ke kawasan selamat menggunakan bot.
Mohd Shafie Ibrahim berkata, paras air pada kali ini naik mendadak berbanding bencana sebelum ini.
“Air mula naik sekitar jam 3 pagi tadi. Penduduk di...
19 Dec 22
363
PPS Dah Jadi Rumah Kedua
KUALA NERUS, 19 Disember - Pusat Pemindahan Sementara umpama rumah Kedua bagi Rohani Mohamad, 58, kerana telah menjadi kelaziman penduduk di Taman Murni Permai terpaksa berpindah kerana kediaman mereka dinaiki air setiap tahun apabila tibanya musim tengkujuh.
"Memang rasa penat, sedih dan terpaksa menanggung kerugian namun Kali ini sepertinya mengulangi...
19 Dec 22
261
Mangsa Banjir Terperangkap Diminta Tingkat Langkah Keselamatan
KUALA TERENGGANU, 19 Disember- Mangsa banjir yang masih terperangkap diminta untuk meningkatkan langkah keselamatan sementara menunggu bantuan tiba.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, agensi berkaitan dan pihak keselamatan ketika ini giat menjalankan kerja-kerja menyelamatkan dan memindahkan mangsa banjir ke tempat yang selamat.
"Sejak malam tadi, usaha...
19 Dec 22
434
Kelonggaran Pengoperasian UMT Berikutan Bencana Banjir
KUALA NERUS, 19 Disember- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengumumkan beberapa kelonggaran dan inisiatif terbaik bagi mengimbangi antara pengoperasian UMT dan kebajikan warga kampusnya memandangkan universiti tersebut turut terkesan dengan kejadian banjir yang melanda Terengganu ketika ini.
Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, atas keprihatinan dan...
19 Dec 22
579
UMT Agih Bantuan Zakat RM90,000 Kepada Pelajar Asnaf Mangsa Banjir
KUALA NERUS, 19 Disember- Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM90,000 kepada asnaf pelajar UMT yang terlibat dengan bencana banjir.
Naib Canselor UMT, Prof Dato Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, dana zakat sumbangan khas Etiqa General Takaful Berhad tersebut merupakan antara inisiatif UMT...
19 Dec 22
863
Penduduk Berhampiran Sungai Nerus Diminta Berwaspada
Oleh: Syahida Mohd
KUALA NERUS, 19 Disember- Banjir besar yang melanda Daerah Setiu telah memberi kesan apabila limpahan air terus mengalir ke Sungai Nerus dan ianya bakal memberi amaran awal kepada penduduk di sekitar Sungai Nerus.
Ahli Dewan undangan Negeri (Adun) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, ekoran banjir besar bermula...
19 Dec 22
1031
Enam PPS Di Hulu Terengganu Dinaiki Air
HULU TERENGGANU, 19 Disember- Enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini turut dilanda banjir sejak semalam sehingga menyebabkan penduduk yang berlindung di tempat yang sepatutnya 'selamat' itu cemas dan kebimbangan.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Berang, Hanafi Mohd berkata ia melibatkan PPS Balairaya Kampung Kepah, PPS Paya Besar,...
19 Dec 22
1540