Artikel "Semasa" Terkini
Hari Paling Bersejarah Buat 543 Peneroka Felda Neram
KEMAMAN, 13 Jun - Hari bersejarah terlakar apabila penantian selama 35 tahun, buat 543 peneroka dari Felda Neram Dua peringkat 1, 2 dan 3 di Mukim Bandi dan Hulu Jabor, akhirnya diberikan hak milik tanah diusahakan selama ini.
Penyerahan itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di...
13 Jun 22
1823
Impian Generasi Felda Selasih Tertunai
SETIU, 13 Jun – Impian anak felda untuk memiliki kediaman sendiri tercapai apabila seramai 124 orang generasi baru Felda Selasih, Jabi hari ini menyempurnakan undian lot Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) bagi menentukan lot tapak rumah mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman...
13 Jun 22
637
Keindahan Pantai 'Musnah' Di Tangan Manusia
KUALA TERENGGANU, 12 Jun - Badan Bukan Kerajaan (NGO) Geng Plastik Ija menyeru kepada orang ramai untuk bekerjasama dalam memastikan pantai-pantai di Terengganu terus bersih, selamat dan cantik untuk dilawati.
Ketua Geng Plastik Ija Kuala Terengganu, Dr Mohd Ariff Hafizi Fouzi berkata, pihaknya telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengadakan 11...
12 Jun 22
754
Ibu Bapa Perlu Tingkat Kemahiran Dan Ilmu
KUALA TERENGGANU, 12 Jun – Masyarakat pada hari ini perlu meningkatkan kemahiran keibubapaan masing-masing melalui proses pembelajaran dan memperluaskan kemahiran diri dalam pelbagai bidang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, mereka hendaklah sentiasa memperuntukkan sedikit masa dalam mana-mana program yang dianjurkan pihak kerajaan atau swasta...
12 Jun 22
473
Harga Pajakan Telur Penyu Akan Dibincang Semula
KUALA TERENGGANU, 10 Jun- Jabatan Perikanan Negeri Terengganu akan mengadakan perbincangan semula untuk menetapkan harga pajakan yang sesuai bag membeli telur penyu dalam usaha memelihara spesies berkenaan daripada mengalami kepupusan.
Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata, pihaknya telah mengambil maklum rungutan daripada seluruh pemajak telur haiwan berkenaan terhadap harga yang ditawarkan pihaknya...
10 Jun 22
813
Kutip 256 Kilogram Sampah Di Pantai Benting Lintang
BESUT, 10 Jun - Geng Plastik Ija (GPI) Besut mengutip 256 kilogram sampah dalam aktiviti gotong-royong di Pantai Benting Lintang, Besut, pagi tadi.
Afifah Ab Aziz, 40, yang bertindak sebagai penyelaras program ini berkata, seramai 45 orang sukarelawan hadir dalam aktiviti 'plogging' tersebut yang bermula jam 8 pagi.
"GPI Besut...
10 Jun 22
735
Terengganu Gerakkan Kempen 'Cakna Penyu'
KUALA TERENGGANU, 10 Jun - Kerajaan negeri menggerakkan kempen Cakna Penyu bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya memelihara haiwan ikonik yang menjadi salah satu tarikan utama pelancong ke negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata kempen berkenaan mampu...
10 Jun 22
1065
Jambatan Runtuh Belukar Bukit Siap Digunakan
HULU TERENGGANU, 10 Jun - Pembinaan semula sebahagian jambatan menghubungkan Kampung Belukar Bukit dan Kampung Betong, Ajil yang runtuh akibat bencana banjir pada Februari lalu siap dan boleh digunakan hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh berkata, projek bersama Jabatan Kerja Raya (JKR)...
10 Jun 22
1031
Tukun Tiruan Tingkatkan 10 Peratus Hasil Nelayan
KUALA TERENGGANU, 9 Jun – Jumlah hasil tangkapan nelayan pantai di Terengganu meningkat sebanyak 10 peratus sejak Januari sehingga April tahun ini impak program melabuh tukun tiruan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, peningkatan tersebut menunjukkan petanda positif terhadap aktiviti...
09 Jun 22
847
Tiga Bot Nelayan Vietnam Ditenggelam Di Pulau Kapas
KUALA TERENGGANU, 9 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu menenggelamkan tiga bot nelayan Vietnam yang dirampas untuk dijadikan tukun tiruan berhampiran perairan Pulau Kapas di sini hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, semua bot tersebut telah ditahan oleh Kapal...
09 Jun 22
801