Artikel "Utama" Terkini
Bonus Menanti Terengganu FC
KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Kerajaan negeri akan memberikan bonus dalam bentuk kewangan kepada skuad Terengganu FC (TFC) yang layak ke final Piala FA 2022.
Perkara tersebut diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Tahun 2022...
07 Aug 22
1987
Terengganu FC Kejar Impian Piala FA
KUALA NERUS, 6 Ogos- Muhammad Rahadiazli Rahalim muncul watak utama dalam kemenangan 4-2 Terengganu Football Club (Terengganu FC) ke atas Selangor FC dalam aksi separuh akhir Piala FA 2022, sebentar tadi.
Penjaga gol bawah 23 tahun kebangsaan itu menyelamatkan dua sepakan penalti lawan untuk membawa pasukannya menempah tiket ke perlawanan...
07 Aug 22
1717
Primula Pink Ride Tarik Lebih 820 Peserta
KUALA TERENGGANU,6 Ogos – Program berbasikal ‘Primula Pink Ride’ tarik lebih 820 orang peserta melibatkan laluan sejauh 46 Kilometer.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata penganjuran itu adalah sinonim dengan Terengganu yang merupakan jaguh sukan berbasikal di Malaysia dan antarabangsa.
“Program ‘Pink Ride’ ini pada...
06 Aug 22
1084
400 Polis Kawal Perlawanan Terengganu Selangor
KUALA TERENGGANU, 6 Ogos - Seramai 400 pegawai dan anggota Polis dikerah bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din berkata, pemeriksaan badan dan beg akan...
06 Aug 22
966
Festival Setiu Wetlands Tingkat Kesedaran Orang Awam
SETIU, 5 Ogos - Penganjuran festival Setiu Wetlands mampu meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan alam sekitar selain menjana ekonomi mereka.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keterlibatan komuniti berupaya memupuk sifat kebersamaan untuk menjaga alam sekitar sekali gus merancakkan usaha kerajaan memulihara ekosistem.
"Saya percaya langkah...
05 Aug 22
554
TMBS Medan Untuk Rakyat
DUNGUN, 4 Ogos – Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (KTMBS) merupakan medan untuk rakyat berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti bersama.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata karnival itu juga merupakan satu ‘paltform’ bertemu agensi-agensi kerajaan bagi bertanya dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.
“Karnival ini juga...
05 Aug 22
1256
530 Murid Dapat Manfaat Menerusi 'Adopt A School Programme'
KUALA TERENGGANU, 4 Ogos - Seramai 530 murid Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam (SKTAM) di sini, mendapat manfaat sebagai sekolah angkat Terengganu Inc menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) 'Adopt A School Programme' bagi merealisasikan hasrat pembelajaran secara menyeluruh.
Menerusi CSR tersebut, tiga projek iaitu Rapid English Programme, 'Karate Do...
04 Aug 22
1239
870 Penduduk di Hulu Terengganu Terima Hak Tanah
HULU TERENGGANU, 4 Ogos - Seramai 870 pemohon di daerah ini menerima dokumen hak milik tanah termasuk Jadual 5A selepas menanti puluhan tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak berkata kerajaan negeri sentiasa memastikan sebarang isu berkaitan dengan hak milik tanah diselesaikan segera....
04 Aug 22
1583
Duyong Marina Belanja RM4.4 Juta Baik Pulih Kemudahan
KUALA TERENGGANU, 4 Ogos - Sebanyak RM4.4 juta diperuntukkan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu bagi membolehkan resort kerajaan negeri, Duyong Marina & Resort (DMR) melakukan kerja pengubahsuaian dan pembaikan secara menyeluruh bermula 1 Ogos 2022.
Pengurus besarnya, Wan Mohd. Faizul Wan Abas berkata, kos terbabit melibatkan renovasi keseluruhan kawasan...
04 Aug 22
1923
ECERDC Lahir 2,447 Usahawan Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 4 Ogos - Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) berjaya melahirkan 2,447 usahawan di bawah bimbingannya di Terengganu sejak 2018.
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat, berkata melalui program ini, pihaknya membangunkan modal insan, terutama dalam golongan B40, penganggur, suri rumah yang berkelapangan dan mereka...
04 Aug 22
1271