Artikel "Utama" Terkini
PKPB Turut Dikenakan Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 7 November - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini diperluaskan ke tujuh negeri termasuk Terengganu bermula 9 November hingga 6 Disember.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) pelaksanaan PKPB di seluruh negeri semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan bagi membolehkan...
07 Nov 20
4459
Debaran Kian Terasa, Nafuzi Anggap Ibarat Perlawanan Akhir
KUALA TERENGGANU, 7 November- Menjelang beberapa jam sebelum sepak mula aksi Piala Malaysia 2020 antara Terengganu Football Club (Terengganu FC) dan Petaling Jaya City (PJ City) malam ini, debaran kedua-dua pasukan semakin memuncak.
Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain menyifatkan pertemuan pusingan pertama ini ibarat perlawanan akhir dan pasukannya akan memberikan...
07 Nov 20
851
'Pelajari, Hayati dan Contohi Rasulullah'
KUALA TERENGGANU, 7 November- Dakwah bukan semata-mata mengajak orang lain ke arah kebaikan, namun ia juga merupakan ajakan kepada diri para daie itu sendiri.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah mengingatkan semua individu agar mempelajari, menghayati dan mencontohi segala pengajaran yang ditinggalkan Rasulullah SAW.
"Kita...
07 Nov 20
515
Aktiviti Keagamaan Di Mukim Rasau Dihentikan
DUNGUN, 7 November - Beberapa aktiviti keagamaan di mukim Rasau, di sini dihentikan sementara bermula hari ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 20 November ini.
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad berkata, aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti kuliah agama dan program melibatkan perhimpunan ramai...
07 Nov 20
1083
Belanjawan 2021 : Belanjawan Kita Semua - MB
KUALA TERENGGANU, 7 November – Kerajaan Terengganu menyifatkan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam adalah ‘belanjawan kita semua’.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bajet bertemakan 'Teguh Kita, Menang Bersama' telah mengemukakan matlamat, strategi dan inisiatif yang merangkumi semua...
07 Nov 20
658
Kes Bunuh Nur Surya, Hampir 20 Saksi Dipanggil
HULU TERENGGANU, 7 November - Polis telah memanggil hampir 20 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam Siti Nur Surya Ismail,19, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata ia melibatkan semua kategori saksi keluarga kedua pihak yang terlibat dan pegawai polis yang melaksanakan siasatan kes...
07 Nov 20
5389
Belanjawan 2021: BSH Diteruskan Dengan Bantuan Prihatin Rakyat
KUALA LUMPUR, 6 November - Kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bermula Januari 2021, dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik
Menteri Kewangan, Tengku Dato' Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pemberian BPR dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion...
06 Nov 20
1199
Belanjawan 2021: RM1 Bilion Untuk Bendung Gelombang Ketiga COVID-19
KUALA LUMPUR, 6 November - Kerajaan pusat memperuntukkan RM1 bilion bagi membendung gelombang ketiga COVID-19.
Menteri Kewangan, Tengku Dato' Seri Tengku Zafrul Abd Aziz berkata ia bagi pelaksanaan kawalan pergerakan serta keperluan perkhidmatan kesihatan awam berkaitan COVID-19.
"Peruntukan ini antaranya RM475 juta bagi pembelian bekalan reagen, kit saringan dan bahan...
06 Nov 20
417
Belanjawan 2021: RM500 Secara One-Off Buat Petugas KKM
KUALA LUMPUR, 6 November - Kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian one -off sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)yang dijangka memanfaatkan 100 ribu petugas kesihatan.
Menteri Kewangan, Tengku Dato' Seri Tengku Zafrul Abd Aziz berkata
sebagai menghargai pengorbanan dan keringat petugas barisan hadapan dalam mengendalikan wabak...
06 Nov 20
678
COVID-19:73 Sekolah Di Dungun Ditutup
DUNGUN, 6 November - Sebanyak 73 sekolah di daerah Dungun ditutup mulai 7 hingga 20 November depan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diistiharkan oleh kerajaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata pihaknya mengambil perhatian berhubung peningkatan kes positif COVID-19 dan memutuskan untuk menutup sekolah dalam usaha...
06 Nov 20
2595