KUALA NERUS, 12 Februari – Program Terengganu Hijab Day 2026 terus memperkukuh agenda pemerkasaan wanita Islam apabila menekankan peranan lelaki sebagai *qawwam* atau pelindung dalam institusi keluarga.
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Azmi Mohamad Daham berkata, hijab bukan sekadar pakaian, sebaliknya simbol ketaatan kepada Allah SWT serta manifestasi akhlak dan maruah wanita muslimah.
Katanya, program yang memasuki penganjuran kali keenam sejak diperkenalkan pada 2019 itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa syiar Islam serta membina generasi beriman dan berakhlak.
“Program ini membawa tujuan yang sangat murni iaitu untuk melahirkan generasi wanita yang hidup berlandaskan syariat Islam, patuh kepada perintah Allah SWT secara seimbang dalam urusan dunia dan akhirat merupakan asas kepada kekuatan sesebuah masyarakat dan negeri.
“Usaha membentuk jiwa wanita dan masyarakat agar mengamalkan cara hidup yang diredhai Allah SWT merupakan asas kekuatan sesebuah negeri. Hijab perlu difahami bukan sekadar fesyen, tetapi lambang ketaatan dan penjagaan kehormatan diri,” katanya ketika merasmikan majlis berkenaan di Dewan Arena, Stadium Tertutup Gong Badak, di sini hari ini.
“Pendekatan menyeluruh yang melibatkan wanita, keluarga dan masyarakat ini amat penting kerana pembentukan sahsiah dan jati diri tidak berlaku secara terasing, sebaliknya memerlukan sokongan persekitaran yang positif, berilmu dan berakhlak,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan kepentingan peranan lelaki sebagai qawwam yang bertanggungjawab memelihara maruah wanita serta memperkukuh institusi keluarga berlandaskan tuntutan syariah.
Katanya, pendekatan komprehensif yang melibatkan wanita, keluarga dan komuniti amat penting kerana pembentukan sahsiah tidak berlaku secara terasing, sebaliknya memerlukan sokongan persekitaran yang positif serta berteraskan al-Quran dan ilmu.
"Saya optimis bahawa usaha mempertabatkan gaya pemakaian hijab serta memantapkan pemahaman masyarakat tentang kepentingan memelihara aurat ini akan terus subur," ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, program ini akan turut menekankan peranan lelaki sebagai Qawwam, iaitu pelindung dan pemimpin dalam keluarga berperanan memelihara kehormatan wanita serta bertanggungjawab memperkukuhkan institusi keluarga berdasarkan pada tuntutan syariah.
Justeru itu, beliau menjelaskan pendekatan komprehensif yang menyatu padukan peranan wanita institusi keluarga dan komuniti adalah amat kritikal kerana pembentukan sahsiah diri tidak mungkin berlaku secara terasing.
“Malahan, ia menuntut satu sistem sokongan yang positif yang didasarkan oleh Al-Quran, ilmu pengetahuan, dan juga berteraskan akhlak yang mulia,” tambah beliau.