BESUT, 12 Februari — Program Kajian Tapak dan Inventori Sumber Perikanan Darat telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari di Lata Tembakah memasuki fasa kedua dalam usaha merealisasikan Projek Pembangunan Santuari Kelah di kawasan berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin, berkata program tersebut merupakan susulan kepada perancangan pembangunan santuari kelah yang kini telah memasuki fasa seterusnya, sekali gus membuktikan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memelihara khazanah biodiversiti perikanan darat.

“Penemuan ini merupakan satu petanda positif terhadap potensi pemuliharaan dan kelestarian ekosistem perikanan darat di Lata Tembakah, sekali gus mengukuhkan kesesuaian kawasan ini sebagai lokasi pembangunan Santuari Kelah,” katanya.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perhutanan Terengganu serta JPKK Kampung Bekok atas komitmen, kerjasama dan usaha gigih sepanjang tempoh kajian dijalankan.
Husaimi berharap projek pembangunan Santuari Kelah ini akan berjalan lancar dan menjadi pemangkin kepada usaha pemuliharaan biodiversiti, penyelidikan sumber perikanan darat serta pembangunan ekopelancongan setempat, sekali gus memberi manfaat kepada komuniti dan generasi akan datang.
“Insya-Allah, usaha ini bukan sahaja memelihara khazanah alam, tetapi turut membuka peluang ekonomi baharu kepada masyarakat setempat,” ujarnya.