Artikel "Semasa" Terkini
Hasmadi Pejuang Seni Warisan Ukiran Tembaga
KUALA TERENGGANU, 18 September - Anak jati Terengganu, Hasmadi Mohamad, 48, ingin terus memperjuangkan penghasilan seni ukiran tembaga menggunakan kaedah tradisional.
Hasmadi berkata, walaupun di era moden ini telah ramai yang menggunakan kaedah teknologi, namun dia tetap dengan pendirian menghasilkan ukiran tembaga tersebut menggunakan alatan dan tangan.
Dia yang berasal...
18 Sep 23
798
Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Terengganu Labuh Tirai
SETIU, 17 September - Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di-Pertuan Muda Terengganu 2023 di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong telah melabuhkan tirainya awal pagi tadi.
Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda...
17 Sep 23
1299
MB Mahu Menteri Perkasa Projek ECRL, Pelabuhan Kemaman
KUALA TERENGGANU, 17 September - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mahu Menteri Pengangkutan memberi tumpuan kepada Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Pelabuhan Kemaman bagi meningkatkan ekonomi Terengganu.
Katanya, hasrat itu telah disampaikan beliau kepada Anthony Loke dalam pertemuan rasmi yang diadakan di Ibu Kota baru-baru...
17 Sep 23
1388
'Explorace' Beliawanis Jadi Terapi Kesihatan Mental
KUALA NERUS, 17 September - Penganjuran Pertandingan Explorace Beliawanis Merdeka 2.0 mampu menjadi terapi masalah kesihatan mental di kalangan kaum wanita di negeri ini.
Timbalan Pengerusi Khairunnisa' Terengganu, To’ Puan Zarani Othman berkata, program itu amat baik untuk wanita muda serta golongan yang berumur.
"Aktiviti sukan dan rekreasi merupakan satu...
16 Sep 23
661
Wanita Ajil Juara Pertandingan Explorace Beliawanis Merdeka
KUALA NERUS, 16 September - "Kami akui terkejut apabila diumumkan sebagai Juara Pertandingan Explorace Beliawanis Merdeka 2.0," kata salah seorang pemenang berkumpulan, Siti Zaharah Sudin, 29.
Katanya, dia tidak menyangka akan memenangi pertandingan tersebut kerana kumpulan lain dilihat lebih kuat.
"Terkesima, terkejut dan tak percaya apabila dinobatkan sebagai juara sebab...
16 Sep 23
857
Terengganu Tambah Kawasan Penanaman Padi
KUALA TERENGGANU, 16 September - Kerajaan Terengganu sudah mengenalpasti kawasan baharu untuk projek penanaman padi bagi meningkatkan hasil bekalan beras di negeri ini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kawasan tersebut merupakan kawasan yang telah lama tidak ditanam padi justeru akan dibangunkan semula bagi tujuan berkenaan.
Katanya,...
16 Sep 23
2664
Kejohanan Taekwando Serlahkan Bakat Muda Ke Peringkat Lebih Tinggi
KUALA NERUS, 16 September - Kejohanan Taekwando Tertutup Terengganu Kali-1 yang berjaya menarik lebih 800 peserta mampu menjadi platform untuk mencungkil bakat anak muda dalam sukan taekwando di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata penyertaan mereka sekali gus diharap dapat menaikkan mutu...
16 Sep 23
1386
Festival 'Musing Ketang' Angkat Budaya, Tradisi Terengganu
KUALA TERENGGANU, 16 September - Penganjuran Festival 'Musing Ketang' berjaya memperkenalkan budaya dan tradisi Terengganu kepada pengunjung serta pelancong luar.
Timbalan Exco Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Sulaiman Sulong berkata inisiatif itu bakal menyemarakkan kembali jati diri dalam kalangan masyarakat Terengganu khususnya generasi muda.
Katanya, Musing...
16 Sep 23
1650
Pengalaman Tun M Bantu 4 Negeri PN Tingkat Pelaburan
KUALA TERENGGANU, 15 September – Pengalaman yang luas dimiliki Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat membantu empat negeri naungan Perikatan Nasional (PN) dalam sektor pelaburan.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata melalui kerjasama ‘State-Government 4’ atau SG4 dapat kukuhkan lagi potensi yang ada di keempat...
15 Sep 23
949
Percepat Proses Bina Hospital Pakar Marang
KUALA LUMPUR, 14 September- Kerajaan Persekutuan digesa mempercepat proses membina Hospital Pakar di daerah Marang dan pembesaran Pusat Kesihatan Bukit Tunggal.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak berkata, gesaan tersebut dibangkitkan berikutan kapasiti Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang berfungsi sebagai nadi utama fasiliti kesihatan awam Terengganu terlalu...
15 Sep 23
2114