Artikel "Semasa" Terkini
Singapura Puji Sektor Pelancongan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 30 April - Kerajaan Singapura memuji negeri Terengganu sebagai model tadbir urus yang cemerlang dalam sektor pelancongan.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri Singapura, Dr Mohamad Maliki Osman berkata melihat potensi pelancongan dan kerjasama ekonomi boleh dijalin dengan kerajaan Terengganu.
Katanya, Pulau Redang dan Pulau Perhentian merupakan antara destinasi...
30 Apr 23
1220
Projek Jangka Panjang Air Marang Siap 85 Peratus
MARANG, 28 April – Projek naik taraf bekalan air Marang untuk penyelesaian jangka masa panjang yang bernilai hampir RM60 juta kini siap 85 peratus.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata projek bermula tahun lepas itu mengambil sedikit masa kerana terpaksa melalui laluan...
29 Apr 23
448
Rekod Tanpa Kalah di Laman Sendiri ‘Lebur’
KUALA NERUS, 27 April - Terengganu Football Club (TFC) terpaksa menerima kekalahan pertama di laman sendiri menentang Sri Pahang FC 1-2 malam ini dalam Perlawanan Liga Super ke-10 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner kali ini mempertaruh tiga tonggak penyerang sebaris dalam kesebelasan utama;...
28 Apr 23
445
Padah Buat Aksi 'Wheelie', Dua Remaja Ditahan
HULU TERENGGANU, 27 April - Tindakan dua remaja lelaki berusia 14 dan 15 tahun yang melakukan aksi 'wheelie' membawa padah apabila ditahan dalam operasi OP Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Hasmerra Hassan berkata, polis berjaya mengesan sebuah motosikal ditunggang bersama...
27 Apr 23
393
Anak Jati Terengganu Catat Rekod Dunia
KUALA TERENGGANU, 27 April - Pelari Maraton terkenal yang berasal daripada Kuala Terengganu, Mohd Syahidan Alias atau lebih dikenali sebagai Edan Syah melakar sejarah baharu Guinness World Records pada Ahad lalu.
Beliau telah memecahkan rekod kategori Fastest Marathon in Traditional Malay Dress (Male) dalam acara yang merupakan perlumbaan jalan raya...
27 Apr 23
573
Eratkan Hubungan di Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 22 April - Rakyat negeri ini digesa mengambil kesempatan untuk menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk mengerakkan hubungan persaudaraan di bulan Syawal.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dengan menyuburkan amalan tradisi dalam masyarakat tersebut akan memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan.
"Tahun ini kita...
23 Apr 23
385
Lebih 15,000 Hadir Rumah Terbuka MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 April - Lebih 15,000 rakyat negeri ini hadir memeriahkan rumah terbuka Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Seri Iman, di sini, hari ini.
Majlis bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang itu bukan sahaja dihadiri kalangan rakyat...
22 Apr 23
773
Sultan Mizan Solat Aidilfitri Bersama Lebih 3,000 Jemaah
KUALA TERENGGANU, 22 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang bersama lebih 3,000 jemaah di sini.
Turut mengiringi baginda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Dato Seri Muhammad Mua’az.
Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Dato’...
22 Apr 23
416
Lemang Percuma Sambut Kepulangan Perantau
KEMAMAN, 20 April - Sebanyak 2,000 batang lemang dan keropok lekor diedarkan bagi menyambut kepulangan perantau petang tadi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing.
Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ab.Razak Ibrahim berkata, makanan tersebut diagihkan secara percuma kepada perantau yang pulang sempena sambutan Aidilfitri...
20 Apr 23
725
7,000 Rumah di DUN Ladang Terima Kuih Raya Percuma
KUALA TERENGGANU 19 April - Sebagai tanda ingatan sempena Hari Raya Aidilfitri lebih 7,000 buah rumah akan menerima kuih raya.
ADUN Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata ia melibatkan peruntukan sebanyak RM100, 000.
"Setiap buah rumah akan mendapat sebekas kuih raya tanpa mengira fahaman politik, kita beri belaka, mungkin...
20 Apr 23
456