Artikel "Semasa" Terkini
Sekali Ganda Dari Sasaran, 178 Pek Darah Terkumpul
BESUT, 28 Julai - Kempen Derma Darah di Besut berjaya memperolehi 178 pek darah menjadikan suatu rekod baharu bagi kempen derma darah di Dewan Gong Nering, Jerteh.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, seramai 264 orang mendaftarkan diri sepanjang program berlangsung tetapi sebanyak...
28 Jul 21
1330
ADUN Buluh Gading Rai 96 Pelajar Cemerlang
KUALA NERUS, 28 Julai - Seramai 96 orang pelajar berprestasi cemerlang dalam peperiksaan awam tahun 2020 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading tetap disambut di kediaman masing-masing atas hasil prestasi terbaik.
Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN), Ridzuan Hashim berkata, antara yang dirai adalah seramai 13 orang pelajar Sijil...
28 Jul 21
861
Maritim Terengganu Tenggelamkan 108 Bot Nelayan Asing
KUALA TERENGGANU, 27 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu sehingga kini telah menenggelamkan sejumlah 108 bot dengan anggaran nilai RM162 juta, sebagai tukun di sepanjang perairan negeri.
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Datuk Saiful Lizan berkata, terbaharu pihaknya melupuskan empat bot nelayan...
27 Jul 21
1633
Pak Ghani Angkut Durian Empat Kali Sehari
KUALA NERUS, 27 Julai - Empat sesi setiap hari, itulah rutin Mamat Yahya atau lebih dikenali sebagai Pak Ghani, 64, mengumpul durian sepanjang musim raja buah itu di Terengganu.
Biarpun berstatus warga emas, dia tidak sedikit pun menunjukkan keletihan melakukan kerja berkenaan sebaliknya menganggap berbaloi apabila raja buah itu mendapat...
27 Jul 21
1897
ECERDC Tarik RM2.7 Bilion Pelaburan Ke Terengganu
KUALA TERENGGANU, 26 Julai - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yakin dalam mencapai sasaran pelaburan tahun 2021 untuk negeri Terengganu menjelang penghujung tahun ini.
ECERDC dalam kenyataannya hari ini berkata, sehingga 30 Jun 2021 pihaknya telah berjaya RM2.7 bilion ke Terengganu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che,...
26 Jul 21
1715
58 Cemerlang SPM 2020 DUN Seberang Takir Dirai
KUALA NERUS, 26 Julai – Walaupun dalam suasana pandemik COVID-19, seramai 58 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir terus diraikan atas kejayaan hebat tersebut.
Pegawai Penyelaras kawasan itu, Mohd Fadhil Wahab berkata, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang menggantikan...
26 Jul 21
749
Polis Trafik Korbankan Elaun Demi Pengayuh Beca
KUALA TERENGGANU, 25 Julai - Polis Kontinjen Terengganu melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu menggunakan elaun sendiri demi meringankan beban 20 pengayuh beca di sekitar bandar raya itu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata sumbangan disampaikan dalam bentuk barangan keperluan dapur itu merupakan hasil tabungan elaun...
25 Jul 21
784
PKPD Kampung Teluk Menara, 1,240 Penduduk Jalani Saringan
KUALA TERENGGANU, 25 Julai - Kampung Teluk Menara, Manir dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 27 Julai sehingga 9 Ogos.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat oleh Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Setelah...
25 Jul 21
2041
Pemuda Perikatan Nasional KT Agih Sumbangan
KUALA TERENGGANU, 25 Julai – Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu (DPPKT) bersama Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Terengganu telah turun ke beberapa rumah dalam daerah tersebut untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan, semalam.
Menurut Ketua DPPKT, Ahmad Asyraf Mohd, sebanyak 100 pek bakul makanan telah...
25 Jul 21
974
MB Beri Kata Semangat Kepada Atlet Olimpik
MARANG, 25 Julai - Menteri Besar Terengganu sempat memberikan kata semangat dalam pertemuan secara maya bersama atlet Olimpik yang berasal dari negeri itu bagi meningkatkan semangat mereka 'berperang' di Tokyo.
Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meluahkan rasa terharu dan keterujaan beliau kerana dapat bersama jaguh sukan negara.
"Saya berkesempatan...
25 Jul 21
1056