Artikel "Utama" Terkini
'Cakna Didik Marang Hebak' Siri Dua Bantu 20 Pelajar Miliki Telefon Pintar
MARANG, 9 Februari - Pemberian bantuan telefon pintar untuk melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) melalui program Cakna Didik Marang Hebak diteruskan lagi untuk fasa kedua dengan melibatkan 20 pelajar kurang berkemampuan dalam kalangan keluarga B40 di daerah ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri,...
09 Feb 21
1455
'Tiada Lagi Amaran, Terus Kompaun' - Polis Terengganu
KUALA TERENGGANU, 9 Februari – Kompaun terus akan diberikan kepada mana-mana pihak atau individu yang didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik berkata, tempoh nasihat atau amaran telah berakhir pada tahun lalu.
“Pada PKP 2.0 yang berkuatkuasa sejak Januari lalu,...
09 Feb 21
14813
Pasar Malam Dibenarkan Beroperasi
KUALA TERENGGANU, 9 Februari - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bersetuju memberi kebenaran kepada peniaga yang telah mendapat kelulusan tapak pasar malam daripada pihak majlis untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Shahidan Embok berkata, kebenaran operasi di pasar malam Kuala Terengganu dan...
08 Feb 21
1030
Terengganu Benarkan Solat Di Masjid Ikut Kapasiti
KUALA TERENGGANU, 8 Februari - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) berkenan mengumumkan bahawa solat fardu berjemaah dan solat Jumaat di rumah ibadah di negeri berkenaan dibenarkan mengikut kapasiti keluasan masjid dan surau.
Memahami keperluan dan hasrat umat Islam untuk mengerjakan ibadah...
08 Feb 21
1793
Jabatan Amal Malaysia Pantau Pembukaan PASTI
SETIU, 8 Februari - Jabatan Amal Malaysia Kawasan Setiu (JAMKS) yang diberi jolokan 'semut merah' ditugaskan memantau sesi pembukaan persekolahan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang memulakan operasinya, Sabtu lalu.
Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Setiu, Wan Mohammad Izzuddin Wan Hamzah berkata, pihak Jabatan Amal telah mengambil langkah awal dengan...
08 Feb 21
1425
Legasi Dan Keunikan Cina Peranakan Terengganu Sejak Tujuh Abad
KUALA TERENGGANU, 8 Februari – Legasi sejarah dan budaya yang diamalkan masyarakat Cina Peranakan Terengganu membawa pelbagai keunikan hasil asimilasi sejak kedatangannya pada abad ke-14 hingga ke-17.
Dekan Fakulti Farmasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dr. Lua Pei Lin berkata, keturunannya yang berasal dari daerah Fujian, China, merupakan hasil...
08 Feb 21
4627
Parlimen Kuala Terengganu Taja Yuran Pelajar Genius
KUALA TERENGGANU, 7 Februari - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim memaklumkan, pihaknya telah bersetuju menaja yuran pengajian pelajar genius, Muhammad Mu’az Zhofri Mohamad Yong, 13, yang menyambung pelajaran ke Kolej Genius Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan.
Jelasnya, tajaan itu dimaklumkan melalui pegawainya yang...
07 Feb 21
784
Kerajaan Negeri Alukan NGO Jalankan Kebajikan
SETIU, 7 Februari – Kerajaan Negeri Terengganu amat terbuka malah mengalu-alukan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin terlibat dalam aktiviti kebajikan dan dakwah.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, berlumba-lumba melakukan kebaikan sama ada oleh individu,...
07 Feb 21
389
Ambil Ujian RBPT Sebelum Pindahkan Ternakan
SETIU, 7 Februari - Pemilik haiwan disaran melakukan pengambilan sampel darah ternakan untuk ujian ‘Rose Bengal Plate Test (RBPT) sebelum memindahkan ternakan masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pemindahan ternakan dalam Terengganu termaktub dengan perundangan Warta Kerajaan Negeri Terengganu...
07 Feb 21
467
Duyung Marina Jual Nasi Bajet Demi Pekerja, Kelangsungan Operasi
KUALA TERENGGANU, 6 Februari - Demi kelangsungan operasi dek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mendorong Duyung Marina & Resort (DMR) mengambil inisiatif membuka gerai hidangan nasi bajet berharga RM3 di tepi jalan berhampiran Jambatan Sultan Mahmud.
Pengurus Besarnya, Wan Mohd. Faizul Wan Abas berkata, ia dirancang secara proaktif supaya ...
06 Feb 21
3045