Artikel "Semasa" Terkini
SRIDI Pengkalan Berangan Model Bangunan Termoden
MARANG, 17 Februari - Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Pengkalan Berangan di sini adalah model bangunan termoden dalam Negeri Terengganu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu Maliaman Kassim berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menjadikan bangunan tersebut sebagai lokasi kekal SRIDI.
"Bangunan yang dijadikan SRIDI...
17 Feb 22
1582
Tiada Kompromi, 72 Kesalahan Hutan Kena Tindakan
KUALA TERENGGANU, 17 Februari – Kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk pencerobohan dan pencurian sumber hutan, ujar Timbalan Pengarah JPNT, Azni Rahman A Wahid.
Kata Azni Rahman, sepanjang tahun lepas, pihaknya telah mengesan 72 kes kesalahan hutan dengan 66 kertas siasatan dibuka...
17 Feb 22
881
Remaja Kemaman Tikam Bayi Diberi Intervensi
PUTRAJAYA, 17 Februari - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjelaskan pihaknya sudah memberi intervensi secara menyeluruh kepada remaja dari Kemaman yang disyaki menikam seorang bayi lelaki yang baru dilahirkannya.
Kementerian tersebut melalui kenyataannya berkata, intervensi berkenaan dibuat menerusi pendekatan psikososial demi kebajikan remaja terbabit, selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat...
17 Feb 22
881
Liputan Rangkaian Telekomunikasi Negeri Terengganu Dipertingkatkan
Oleh: Anis Nurhanan
KUALA TERENGGANU, 17 FEBRUARI - Liputan rangkaian telekomunikasi Negeri Terengganu bakal dipertingkatkan apabila Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 telah dimulakan pelaksanaannya melalui mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Terengganu (JITNT).
Pengarah Negeri MCMC Terengganu, Zahari Ismail berkata bahawa empat syarikat telah dilantik oleh Kerajaan dibawah pelaksanaan...
17 Feb 22
676
Pencen Rakyat: Berita Gembira buat 653 Penerima Warga Emas
Oleh: Anis Nurhanan
HULU TERENGGANU, 17 Februari – Seramai 653 orang warga emas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang telah menerima bantuan Pencen Rakyat yang merupakan salah satu manifesto PAS Terengganu yang telah dijanjikan pada PRU-14 yang lalu.
Manifesto tersebut memfokuskan warga emas yang berumur lebih 60 tahun yang sudah...
17 Feb 22
889
KOPERAT Baik Pulih Rumah Ibu Tunggal
KEMAMAN, 17 Februari - Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (KOPERAT) melunaskan tanggungjawab sosialnya dengan membaikpulih sebuah rumah ibu tunggal di Kampung Panchur, Telok Kalong, Kijal.
Pengerusi Lembaga Pengarah KOPERAT Hishamuddin Abdul Karim berkata program sedemikian merupakan salah satu dari aktiviti 'Corporate Social Responsibility' (CSR) syarikatnya bagi membantu mereka yang...
17 Feb 22
1029
9,510 Pelajar UniSZA Masuk Ke Kampus Bermula 9 Mac
KUALA NERUS, 16 Februari – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersedia menerima kemasukan seramai 9,510 pelajar ke kampus bermula 9 Mac ini secara berperingkat mengikut kategori yang ditetapkan.
Naib Canselor (Menjalankan Fungsi), Prof Dr. Fadzli Adam berkata, kemasukan secara berfasa , semua semua pelajar dibenarkan memasuki kampus namun keutamaan diberikan...
16 Feb 22
1301
Fenomena Air Termenung Segera Diatasi JPKK
MARANG, 16 Februari- Masalah air termenung disebabkan hujan lebat sehari dua ini di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong disini diberi perhatian segera oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan terbabit.
Pengerusi JPKK Surau Haji Mat Zin, Mohd Nor A.Majid berkata, sebanyak 15 buah rumah di Jalan Sekulit...
16 Feb 22
568
Kadar Kompaun Kesalahan Parkir Kereta Turun 90 Peratus
KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Kerajaan negeri bersetuju meneruskan pelaksanaan Smart Besut dengan beberapa penambahbaikan termasuk menurunkan kadar kompaun maksimum kesalahan tempat letak kereta (TLK) di daerah berkenaan daripada RM300 kepada RM30.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini A Rahman, berkata keputusan...
16 Feb 22
765
Bantuan Khas Bazar Ramadan Diteruskan
KUALA TERENGGANU, 16 Februari – Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan memperuntukkan RM250 ribu dibawah Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) khusus untuk ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu yang berdaftar bagi tahun 2022.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini...
16 Feb 22
1731