Artikel "Semasa" Terkini
Ular Sawa Peliharaan Antara 'Mangsa' Banjir Teluk Kalong
KEMAMAN, 21 Disember – Seekor ular antara 'mangsa banjir' yang dipindahkan daripada perumahan Teluk Kalong selepas kawasan itu dinaiki air baru-baru ini.
Pemilik haiwan berlesen itu, Muhammad Afendi Khalid berkata, haiwan peliharan eksotiknya itu diletakkan di dalam akuarium ketika berlakunya banjir seawal 11 pagi kelmarin.
Menurut Afendi, 35, ular sawa...
21 Dec 20
831
Jentera Gotong-Royong, Dapur Rakyat Sedia Berbakti
KEMAMAN, 20 Disember – Jentera gotong-royong dan 'dapur rakyat' daripada pihak kerajaan negeri serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) bersedia membantu penduduk khususnya di daerah Kemaman kembali selesa di kediaman masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, skuad itu melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia...
20 Dec 20
637
Rangka Modul Pusat Rehabilitasi Pesalah Syariah
KUALA TERENGGANU, 20 Disember- Kerajaan negeri bercadang membina sebuah pusat rehabilitasi bagi pesalah syariah di Marang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, tujuannya lebih kepada pusat tarbiyah untuk pemulihan akhlak dan akidah anak-anak muda.
Satiful berkata, pihaknya kini sedang merangka modul untuk digunakan...
20 Dec 20
637
Kerajaan Pusat Dan Negeri Berkerjasama Hadapi Musibah Banjir
KEMAMAN, 20 Disember – Barisan kepimpinan negeri daripada peringkat pusat sehingga ke Dewan Undangan Negeri (DUN) giat berganding bahu dalam memastikan keselamatan dan kebajikan buat mangsa banjir di daerah Kemaman.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, berkata, lawatan kerja tersebut diadakan di kawasan terjejas dan...
20 Dec 20
777
Tetap Berniaga Demi Keperluan Mangsa Banjir
HULU TERENGGANU, 19 Disember - Seorang suri rumah tetap berniaga ikan dan sayur di lokasi banjir bagi membantu penduduk yang terkandas.
Raja Anisah Raja Bongsu, 46, sanggup membuka gerai berhadapan rumahnya walaupun digenangi air hampir paras lutut susulan hujan lebat berterusan sejak Khamis lepas.
Katanya, ini kerana ramai penduduk sukar...
19 Dec 20
478
UniSZA Tubuh Persatuan Perhubungan Awam Pertama Di Pantai Timur
KUALA TERENGGANU, 19 Disember – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merupakan universiti pertama di Pantai Timur yang berjaya menubuhkan sebuah persatuan perhubungan awam pelajar, 'Institute of Public Relations Malaysia Student Association' (IPRMSA) bertujuan untuk menyatukan para mahasiswa dalam bidang perhubungan awam (PR).
Kejayaan itu dicapai pada Oktober lalu,dengan majlis pelancaran...
17 Dec 20
3494
Hasrat Nelayan Miliki Tanah Akhirnya Tertunai
KEMAMAN, 16 Disember – “Umur sudah mencecah 66 tahun, saya yang tidak pernah dapat tanah, tetapi setelah tunggu lebih 20 tahun, alhamdullilah Kerajaan Negeri telah realisasikan hasrat ini,” luah seorang nelayan, Abd Ghani Ismail, setelah menerima Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Dewan Sivik, Kemasik, Kemaman, pagi tadi.
Abd...
16 Dec 20
526
ExxonMobil Serah Sumbangan Kepada JPBN
KUALA TERENGGANU, 16 Disember-ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. (ExxonMobil) terus menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya dengan menyerahkan sumbangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Majlis penyerahan sumbangan berupa bantuan kit kesihatan mengandungi facemask dan hand sanitizer itu telah berlangsung di Wisma Darul Iman hari ini.
Pada majlis itu,...
16 Dec 20
274
Bantuan Banjir RM500 Disalur Sebelum 15 Januari
KUALA TERENGGANU, 16 Disember - Kerajaan negeri memberi jaminan bantuan kecemasan sekali bayaran berjumlah RM500 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas berikutan bencana banjir baru-baru ini akan dibuat sebelum 15 Januari depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, bayaran itu akan...
16 Dec 20
2695
Kes Adib Akan Selesai Tidak Lama Lagi
KUALA LUMPUR, 14 Disember - Kes berkaitan dengan kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib Muhammad Kasim, akibat rusuhan pada 27 November 2018 akan berakhir tidak lama lagi.
Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Zainuddin Hamzah, berkata kes yang telah menjadi polemik politik tersebut kini telah berada di fasa akhir siasatan.
"Saya dah...
14 Dec 20
552