Artikel "Utama" Terkini
Cahaya 'Bulan Berdarah' Terangi Bandar Pesisir Pantai
KUALA TERENGGANU, 26 Mei – Fenomena gerhana bulan penuh atau ‘bulan berdarah’ kelihatan di sekitar bandar persisir pantai Kuala Terengganu bermula pada 4.47 petang tadi dan berakhir malam ini.
Menurut laman rasmi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), fenomena itu mempunyai nama unik berdasarkan bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit...
26 May 21
1158
90 Positif Akibat Rentas Negeri, Daerah Sambut Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 25 Mei – Kegembiraan dapat merentas negeri dan daerah dengan pelbagai alasan untuk menyambut Aildilfitri bertukar hiba buat 90 individu apabila mereka disahkan positif COVID-19, setakat semalam.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, antara kisah yang berjaya dibongkar ialah apabila ramai ahli keluarga positif di satu...
25 May 21
4403
Warga Tua Kritikal Akibat Covid-19 Bertambah
KUALA TERENGGANU, 25 Mei - Semakin ramai warga tua di Terengganu berada di tahap kritikal ekoran penularan terbaru pandemik Covid-19.
Pakar Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr. Mohamad Faizal Zulkhifli berkata, terdapat peningkatan ketara pesakit Covid-19 yang berada dalam keadaan kritikal sejak akhir-akhir ini.
"Dahulu, pesakit kami datang ke...
25 May 21
2003
Solat Jumaat Di Kawasan PKPD Besut Diganti Solat Zohor
KUALA TERENGGANU, 24 Mei- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan solat Jumaat di kawasan Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi daerah Besut diganti dengan solat Zuhur bagi mencegah penularan COVID-19.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato’ Osman Muda berkata, baginda amat mengambil berat dan...
24 May 21
1108
JPKK Dun Jabi Bantu Golongan Terjejas PKPD
BESUT, 24 Mei – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi bersiap sedia membantu golongan yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, PKPD selama dua minggu di kawasan terbabit menyebabkan ada golongan yang terputus...
24 May 21
3928
'Patuh SOP, Balas Pengorbanan Frontliners' - Pesakit COVID-19
KUALA TERENGGANU, 23 Mei – Rakyat di Malaysia dan Terengganu khususnya dirayu supaya serius dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19 bagi membalas segala penat lelah petugas barisan hadapan.
Pesakit COVID-19, Abdul Halim Zakaria, 33, berkata, trend peningkatan kes di Terengganu dalam beberapa hari ini memerlukan kesatuan...
23 May 21
584
Terengganu Kutip RM4.7 Juta Untuk Rakyat Palestin
KUALA TERENGGANU, 22 Mei - Tabung Kemanusiaan Palestin yang digerakkan kerajaan negeri serta badan bukan kerajaan dan parti politik di Terengganu berjaya mengumpulkan RM4.7 juta dalam tempoh satu minggu.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jumlah kutipan untuk #Aids4Palestine itu termasuk pemotongan sebulan gaji beliau dan barisan...
22 May 21
967
15 Mukim Besut Dikenakan PKPD Bermula Esok
KUALA TERENGGANU, 21 Mei – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di 15 mukim dalam daerah Besut bermula esok, 22 Mei sehingga 4 Jun.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan...
21 May 21
712
Mayat Nelayan Hilang Ditemui
KUALA TERENGGANU, 20 Mei - Satu mayat dipercayai salah seorang mangsa yang dilaporkan terlibat dengan kejadian hilang di laut pagi ini, ditemui terapung pada jarak lebih kurang 17 batu nautika dari Pulau Kapas.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli memaklumkan, mangsa ditemui oleh nelayan tempatan yang...
20 May 21
1048
Tiga Nelayan Dikhuatiri Hilang
KUALA TERENGGANU, 20 Mei – Tiga nelayan dikhuatiri hilang melibatkan dua kejadian berlainan meliputi kawasan perairan Kuala Terengganu.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, Wan Mohd Sufian Wan Abdul Rahman, 34, disyaki hilang di laut selepas bot miliknya ditemukan nelayan tempatan...
20 May 21
945